MKN pertimbang secara serius 'total lockdown' seluruh negara - Sumber

 

Firdaus Azil
MKN pertimbang secara serius 'total lockdown' seluruh negara - Sumber
Sejak dilanda gelombang ke tiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak, dengan 8,290 kes baharu dicatat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi pertimbangan penuh untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, seperti mana PKP 1.0 yang dijalankan pada tahun lepas.
Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan dengan penuh teliti semua langkah dan pilihan yang dirasakan terbaik.
Menurutnya lagi, langkah sebesar itu perlu mengambil kira bukan sahaja keselamatan dan nyawa rakyat, tetapi juga demi meminimakan sebaik mungkin kesannya ke atas ekonomi negara, seperti mana pengajaran yang boleh diambil pada PKP pertama.
Sejak dilanda gelombang ketiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak dengan 8,290 kes baharu dicatat pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter sebentar tadi turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.
Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).
Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan terbaharunya berkata, beliau mengambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.
“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah tetapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

No comments: