PERSOALAN YANG PERLU BANG KHAI JAWAP

 


ZUS DIN


Lebai KHAI Darling bertanggungjawab utk menjawap segala PERSOALAN yg ditimbulkan oleh SEDAR Malaysia ini. Ia sudah tular di Whatsapp Group dan FB mungkin juga di lain-lain platform SocMed.

KHAI mesti membersihkan dirinya dari terpalit dgn hal yg dikhuatiri punya unsur-unsur Salahguna kuasa dan Rasuah. Rakyat juga ingin tahu samada ia benar atau tidak.

PERJELASKAN pd Rakyat. Jangan pula...satu lagi skandal dlm KERAT - KERAjaan daruraT ini terbongkar? Apa hgpa dah buat ni?

Wallahualam

- Zus Din

27 May 2021

**********************************

SEBARKAN! SKANDAL TANAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA! YB MENTERI KHAIRUDDIN AT TAKIRI SILA JAWAB!

SEDAR Malaysia telah menerima satu doket yang dipenuhi maklumat mengenai dua skandal berkaitan tanah yang dimiliki oleh Lembaga Getah Malaysia. Kami menggesa YB Menteri Khairuddin At Takiri untuk memberi penjelasan.

Skandal pertama melibatkan tanah Lembaga Getah Malaysia Lot No 200013 (lot lama No 76) seksyen 88, Jalan Ampang. Telah diputuskan untuk dipajak selama 15+10 tahun kepada Al-Noor Foundation dengan harga pajakan tidak masuk akal sebanyak RM0.70 sekaki. Harga pasaran ialah dalam lingkungan RM2.50 sekaki. Surat jawapan Menteri bertarikh 18 Disember 2020 kami sertakan untuk tatapan anda.

YB Menteri kami ingin tahu -

1 - Betul atau tidak Al-Noor Foundation yang menaja lawatan YB ke Turkey yang menyebabkan YB kena kecam pasal tidak kuarantin?

2 - Apa hubungan YB dengan Al-Noor Foundation sehingga benarkan Al-Noor Foundation membayar harga pajakan yang tidak masuk akal dan merugikan Lembaga Getah Malaysia?

3 - Adakah betul dakwaan YB kutip duit komisen dari pajakan yang tidak masuk akal ini?

YB telah menghantar satu surat kepada Lembaga Getah Malaysia bertarikh 05/01/21 mengarahkan semua moratorium tanah dibatalkan dan lot tanah yang bersesuaian dicadangkan untuk dijual. Adakah YB sudah mempunyai niat untuk menjarah tanah Lembaga Getah untuk kepentingan diri sendiri?

Skandal kedua melibatkan tanah milik Lembaga Getah Malaysia di Lot bernombor 20012 dengan Nombor Geran 79145 juga di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar. Tanah ini juga dikatakan berstatus tanah warisan.

Pada 11/03/21 YB hantar lagi surat untuk tindakan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia. Surat itu YB panjangkan dengan surat dari Eurowhite Sdn. Bhd, yang membawa satu cadangan membeli tanah itu dengan harga begitu murah. RM1032.92 sekaki sedangkan harga pasaran dalam RM1400 sekaki.

Soalan kami,

1 - Kenapa YB suruh Ketua Pengarah untuk ambil tindakan susulan dengan tawaran yang tidak masuk akal itu?

2 - Apakah benar apa yang desas-desus YB mahu ambil komisen sebanyak RM50 juta jika tanah itu berjaya dijual?

Kami berharap YB memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang kami ajukan ini. Kerana dari dokumen yang kami terima, kami yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang sedang berlaku. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini kami mendengar ura-ura beberapa YB PAS terlibat dalam beberapa percubaan merompak aset negara demi mengumpul dana untuk menguasai pemilihan PAS dan ini sangat menakutkan.

- SEDAR Malaysia