Jawantankuasa Khas Darurat in ditubuhkan oleh kerajaan selepas
pengistiharan Darurat pada 11 hb Januari 2021.
Tidak pernah dalam sejarah negara yang telah banyak kali
mengistihar darurat ada sebuah Jawatankuasa saperti ini untuk memberi nasihat
kapada DYMM Yang DiPertuan Agong.
Dibawah Perlembagaan, tanggungjawab ini di beri kapada Cabinet
atau Perdana Menteri bukan Jawantankuasa Khas Bebas.
Jawantankuasa ini bukan sahaja khas tetapi bebas. Sesebuah
Jawatankuasa itu bebas dan bukan “rubber stamp” jika tindakan mereka bebas dari
arahan atau pengaruh orang lain.
Misalnya jika Jawatankuasa itu mendapat taklimat dari orang
Kerajaan semata mata ; maka ia tidak bebas.
Jika mereka hanya mendengar taklimat dari PM ,Takiyuddin dan
Azmin Ali atau Ismalil Sabri; tetapi tidak pula mendapat input dari Tun
Mahathir, Najib Razak, Anwar Ibrahim dan lain lain, termasuk pakar pakar dari
bidang perubatan lain; maka sukar nak percaya mereka ini bebas.
Beranikah Jawatankuasa Bebas ini memamgil Tun M dan Anwar dan
Najib, dan Rafidah Aziz misalnya untuk mendapat nasihat yang baik?
Tentu tidak sekali.
Yang paling mengejutkan saya ialah kenyataan jawatankuasa ini
semalam. Pada perenggan akhir kenyataan itu Jawatankuasa telah menetapkan
beberapa kriteria yang akan menetukan samada Darurat akan di lanjutkan atau
berakhir.
Bila pulak mereka diminta membuat penetuan ini?
Bukan kah darurat akan berakhir pada 1hb Ogos 2021 seperti yang
diwartakan?
Dari kenyataan Pejabat PM semasa mengumumkan penubuhan
Jawatankuasa ini mereka di tugas kan untuk menasihati DYMM Yang Di Pertuan
mengenai pengurusan kerajaan ( yang mesti transparent dan orderly) dalam waktu
darurat ini.
Waktu darurat ialah dari Januari hingga 1 Hb Ogos. Tidak pernah
kita diberitahu ada perkara lain yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas
bebas ini.
Ada baiknya Jawatankuasa bebas tunjuk kapada orang ramai apa kah
terma atau terms of reference perlantikan mereka.
Kalaulah niat Kerajaan hendak meneruskan darurat pada tarikh
lain, dan bukan Ogos 1 2021, kepada tarikh baru sehingga PM puas hati darurat
tidak lagi diperlukan, apa guna janji bahawa darurat akan berakhir pada 1 hb
Ogos.
Rakyat tidak lah perlu kepada penubuhan sebuah Jawatankuasa 19
orang yang ternama untuk membuat keputusan samada darurat perlu di sambung; PM
seseorang pun cukup dan boleh buat keputusan itu dan menasihati Yang Di Pertuan
Agong.
Tidak perlu rakyat habis duit dan membazirkan wang menubuhkan
Jawatankuasa Khas dan bebas.
Pakatan Harapan ada dua orang wakil; Dr Zulkifli dan Anthony
Loke dalam Jawatankuasa Khas Bebas Ini. Mungkin kerana kehadiran mereka maka
Jawatankuasa ini jadi Bebas.
Tetapi saya percaya mereka akan jadi macam UMNO. UMNO sentiasa
kritik kelemahan kerajaan tetapi mereka juga kerajaan. Mereka tidak sedar yang
mereka dipergunakan.
Bagitulah nasib Pakatan Harapan dalam Jawatankuasa Bebas ini.
Apa apa keputusan Jawatankuasa ini untuk melanjutkan darurat selepas Ogos ini ,
mereka akan terikat, kerana mereka juga menganggotai Jawatankuasa yang mereka
sendiri percaya ia bebas.
Inilah nasib kita wahai rakyat bawahan.
DATUK ZAID IBRAHIM
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
28 Mei 2021.