BETAPA STRUGGLENYA PEMBANGKANG

 


Aku boleh faham struggle yang dihadapi oleh pihak pembangkang waktu ini. Mereka memang sentiasa cari silap dan kelemahan DS Anwar setiap masa.

 

Jenis celik mata je, terus tanya "PMX buat silap apa hari ini?". Niat mereka cuma untuk timbulkan benci di kalangan rakyat supaya, jika ditakdirkan mereka berjaya tebuk atap, rakyat takkan salahkan mereka dan akan sokong kejahatan mereka.

 

Tapi kalau nak tonjolkan kelemahan DS Anwar pun, tak perlu sampai besarkan segala isu hinggakan hal yang remeh pun mahu dijadikan isu antarabangsa.

 

Pergi Arab Saudi tak jumpa pemimpin sana pun nak dijadikan isu. Tak masuk Kaabah pun nak bising. Sedangkan DS Anwar jumpa pemimpin OIC, hadir saksikan tandatangan beberapa MoU.

 

PM berlari nak masuk sidang dewan pun nak ejek. Sedangkan PM baru balik dari luar negara di hari sebelumnya. Yang gagal hadir sidang dipuja pula.

 

Hingga ada timbalan menteri yang tak sedia jawab soalan pun nak suruh DS Anwar letak jawatan, aku rasa agak keterlaluan dan menggelikan hati.

 

Memang aku akui PM kena bertanggungjawab jika ada menteri yang tak perform. Sebab PM yang buat semua lantikan. Tapi dari 50 orang ahli kabinet, ada satu yang lemah, sedang yang lain mampu jalankan tugas dengan baik, masih nak hukum PM juga?

 

Kalau begitu, aku nak ingatkan. Sebelum ini pernah ada Menteri Kesihatan yang dakwa virus Covid-19 boleh dibunuh hanya dengan meminum air suam.

 

Menteri yang sama juga terkeliru antara pandemik Spanish Flu dengan ubat peransang nafsu wanita Spanish Fly. Bukankah itu lebih memalukan?

 

Kita juga pernah ada menteri yang curi-curi keluar sewaktu rakyat dikenakan sekatan. Ada menteri yang pergi ke Makkah jadi janitor di Masjidil Haram.

 

Ada banyak lagi kes kalau nak disenaraikan tentang menteri-menteri komedi waktu PN memerintah dulu. Semua menteri ini lantikan siapa lagi kalau bukan Mahiaddin.

 

Jika DS Anwar disuruh letak jawatan cuma kerana seorang timbalan menteri yang kurang pengalaman gagal, maka Mahiddin langsung tak layak jadi PM kerana berderet menteri yang dia lantik lebih gagal dalam menjalankan tugas serta berlagak dungu!

 

Aku harap MP pembangkang cuba berlaku matang. Usahlah kebudak-budakan sangat. Berhentilah dari cubaan menebuk atap buat masa sekarang ini.

 

Cuba bawa isu yang menguntungkan negara dan membela nasib rakyat. Ini tidak. Setiap hari kerja mereka hanya untuk burukkan nama PM. Tapi tiada isu cerdik yang mampu mengangkat nasib rakyat.

 

Kita semua tahu Mahiaddin dan kabinet lantikannya gagal teruk masa memerintah. Tapi sedihnya jadi pembangkang pun mereka masih lagi gagal.

 

Kalau berterusan dengan sifat gila kuasa begini, pasti rakyat makin lama makin meluat melihatkan perangai mereka. Sebelum terlambat, berubahlah. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.