DAH BAGI UNDI-TERIMA LAH- MUKA PUN TAK NAMPAK CINA DAP TAK BUAT MACAM NI?








Mohd Sayuti Omar II

rnostSdpoea281m599tgam6ci6a03faht9fh1l0a89  · 

ROBOH RUMAH DI ATAS PALOH LEBIH KEJAM DARIPADA ISRAEL

Sekejap tadi sebuah akaun FB, telah menyiarkan secara langsung proses perobohan rumah di Atas Paloh Kota Bharu.

Tindakan meroboh rumah kediaman penduduk itu satu kejadian yang mengejutkan kerana ia berlaku di negeri Kelantan, kerajaan yang melaungkan memerintah secara Islam.

Dakwaan seorang penduduk yang terbabit yang rumahnya diroboh, tindakan itu lebih zalim daripada tindakan Israel.

Penduduk berkenaan dikenali dengan Kak Han, kesal atas apa yang berlaku dan tidak sangka kerajaan Pas yang didokongnya bertindak kejam.

Menurut Kak Han beliau sudah menghuni di situ lebih 50 tahun.

Tidak ada maklumat terperinci diberikan kenapa rumah-rumah penduduk disitu diroboh. Alasan mereka mendiami atas tanah kerajaan mungkin menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak seperti "Israel" untuk menghalau penghuni bagi memajukan tanah berkenaan.

Hal begitu biasa kalau kerajaan ingin menggunakan tanah milik mereka, pihak berkuasa boleh bertindak menurut peraturan dan akta yang ada. Tetapi penghuni sebagai warga negara juga ada hak untuk menmperolehi pampasan sewajarnya dan perlulah berunding selumat yang boleh agar tidak berlaku penzaliman dan ketudakadilan.

Daripada maklumat difahamkan, penghuni yang mendiam tanah di pinggir Sungai Kelantan itu hanya diberi RM500 untuk sebuah rumah sebagai pampasan dimana nilai itu amat tidak patut dan wajar.

Sehubungan itu kita tunggu apakah penjelasan daripada pihak berkuasa dan kerajaan Kelantan sendiri mengenai hal ini. Sebagai kerajaan berslogan membangun bersama Islam, adalah pelik dan aneh kalau tiba-tiba ia dicap sebagai Israel. Trims.

 

No comments: