PULAK...KERAJAAN NAK HAPUS SUBSIDI MINYAK MASAK ???


 



Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Alexander menjelaskan, keputusan itu menyebabkan harga minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan mengalami kenaikan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram (kg) masih diteruskan.
“Ini (pemansuhan subsidi) tidak termasuk yang RM2.50 dijual dalam polybag 1kg, itu diteruskan untuk semua warganegara dan pengguna, itu diteruskan.
“Tetapi yang dimansuhkan subsidinya, saya sebutkan sekali lagi yang berbotol, yang diberi subsidi pada tahun lepas… sepatutnya secara sementara, mula-mula untuk tiga bulan sahaja, tapi dilanjutkan sehingga hari ini.
“Jadi kerajaan buat keputusan, subsidi untuk minyak sawit masak yang berbotol yang dijual 5 kg yang RM29.70 tidak lagi diberi subsidi dan dianggarkan akan naiklah beberapa ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Mengenai Isu Harga dan Bekalan bersama pemain-pemain industri, persatuan pengguna, ahli akademik, ahli ekonomi dan ketua-ketua pengarang media di sini, hari ini.
Advertisement
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya menerima pandangan dan cadangan yang positif daripada pihak-pihak yang menyertai sesi libat urus kali ini.
Menerusi sesi tersebut antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk memperkasakan kesedaran pengguna dan mengubah gaya hidup dalam menghadapi isu kenaikan harga.

No comments: