TENGOK PERANGAI KUNYIT- HABIS HABIS DIA HENTAM KAWAN BAIK DIA YANG SAMA SAMA KIANAT.KAU TUNGGU NASIB DI GOMBAK KALAU ORANG GOMBAK NAK UNDI LAGI

 

'Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin

Bernama
'Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin
Mohamed Azmin berkata, beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu. - Gambar/ Bernama
BALIK PULAU: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan Datuk Zuraida Kamaruddin yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu.
"Saya rasa tidak perlu bandingkan saya dengan orang lain kerana apabila saya pilih menyertai Bersatu, ia bukan paksaan malah saya menyertai parti ini kerana ia dekat dengan diri saya yang mahu parti yang progresif dan inklusif kepada semua.

 ''Bersatu telah lakukan anjakan paradigma dalam perlembagaan parti yang membuatkan parti ini terbuka kepada semua kaum, jadi saya perlu pertahan dan perkukuhkan parti bersama kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya juga akan beri tenaga serta sumbangan untuk kukuhkan Bersatu.
"Saya juga yakin dengan dasar-dasar yang dibawa Bersatu sehingga boleh membantu negara keluar daripada kemelut dan krisis kesihatan, ekonomi serta politik akan membuatkan parti ini diterima rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Parlimen Balik Pulau hari ini.

No comments: