JAGA-JAGA KJ SEKARANG NI UMNO DAN PAS BUKAN DALAM MN LAGI- TAK PASAI PASAI JADI KAPIR..DAK PUN TANAM JIRAT CINA...KAH...KAH...

 


Khairy kata kerajaan akan susahkan hidup rakyat yang anti-vaksin, apa pula kata menantu Hadi?



Khairy kata kerajaan akan susahkan hidup rakyat yang anti-vaksin, apa pula kata menantu Hadi?


Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini hari ini.

Khairy turut menegaskan, Kementerian Kesihatan berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.

Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah. Dijangkakan lebih banyak batasan yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut Khairy, pihaknya tidak mahu hanya fokuskan pada sektor pendidikan tetapi juga untuk sektor awam keseluruhannya.

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling iaitu pada November nanti adalah wajib untuk penjawat awam divaksinasi. Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya menurut laporan Utusan

No comments: