KAH..KAH...TAK PA ..BAGI JA DIA BERCAKAP SEBAB BUDAK DIA ADA NAMA DALAM TU...TAKKAN TAK KENAI KOT JHO LOW ? TAK KAN ANWAR SAJA CAKAP DAN ADA BUKTI DALAM DEWAN TU..BUKAN CAKAP DALAM FB ?

 

Kertas Pandora tiada kaitan laporan GFI, hanya dakwaan PH, kata Najib



Lebih malang lagi apabila isu laporan GFI dan aliran keluar wang haram ini telah dimainkan oleh PH-DAP sejak 2011 sehingga PRU14, menurut Najib Razak.

PETALING JAYA: Kertas Pandora langsung tidak menyentuh mengenai Laporan Global Financial Integrity (GFI), hanya Pakatan Harapan khususnya DAP yang memainkan sentimen isu aliran keluar wang haram itu berulang kali sejak 2011, kata Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Kertas Pandora hanya mendedahkan senarai individu yang pernah atau sedang memiliki saham atau menjadi pengarah dalam syarikat pesisir.

“Kertas Pandora langsung tak sebut laporan GFI tetapi hanya PH/DAP asyik kaitkan.

“Lebih malang lagi ialah isu laporan GFI dan aliran keluar wang haram ini telah dimainkan oleh PH-DAP sejak 2011 sehingga PRU14 kononnya ratusan bilion ringgit dilarikan oleh ahli politik ke luar negara,” katanya dalam catatan di Facebook.

Najib berkata, laporan Global Financial Integrity (GFI) jelas menyatakan bahawa aliran keluar wang berpunca dari aktiviti “Trade Mispricing” oleh syarikat multinasional (MNC) dan pengimport atau pengeksport untuk mengelak cukai negara.

Bagaimanapun, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, beliau hairan dengan tindakan PH-DAP yang tidak menumpukan kepada masalah “Trade Mispricing” berkenaan.

“Dan kenapa pula PH mansuhkan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang mampu mengawal aktiviti ‘trade mispricing’ ini serta mengurangkan kadar cukai korporat negara untuk mengurangkan aktiviti tersebut?

“Paling kelakar ialah walaupun PH-DAP telah mainkan isu laporan GFI serta aliran keluar wang haram (akibat trade mispricing) sejak 2011 yang bernilai lebih RM100 bilion, satu patah haram berkenaan laporan GFI ini atau berkenaan aliran keluar wang haram tak pernah disebut oleh (Lim) Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) atau kerajaan PH sepanjang tempoh 22 bulan mereka. Kenapa, ya?

“Seolah-olah mereka okay je dengan aliran keluar wang haram akibat ‘trade mispricing’,” kata Najib.

PH khususnya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim antara individu yang lantang mahu pendedahan Kertas Pandora dibahaskan di Parlimen yang didakwa menyebabkan negara kerugian lebih RM138.66 bilion akibat aliran wang keluar secara haram oleh individu berpengaruh.

No comments: