HAI ..MAIN UGUT LA PULAK...MASAALAH KALAU DUDUK DAN BERKAWAN DENGAN GOLONGAN TAK CERDIK NI : Macam tak percaya dengan tajuk berita ni, especially bila kenyataan ini datangnya dari seorang Menteri Kesihatan.

 



SAIFUL IZHAM RAMLI


Saya PRO-vaksin, tetapi saya juga tidak anti kpd glgn yang menolak vaksin. Mereka juga ada hak yang sama disisi perlembagaan.
Saya sekeluarga juga sudah lengkap mengambil vaksin, namun saya tetap tidak bersetuju dgn pandangan utk menyusahkan glgn yg enggan mengambil vaksin.
Mengambil vaksin adalah sekadar suatu ikhtiar manusia utk menguatkan sistem antibodi tubuh kita bagi melawan jangkitan Covid-19.
Ianya tidak menghalang jangkitan Covid-19, sama ada terhadap yg divaksin atau yg tidak divaksin. Dan kedua2 glgn ini tetap boleh menjadi pembawa dan penyebar jangkitan pandemik Covid-19 ini.
Kaedah yg
terbaik
adalah melalui pendidikan.
Mendiskriminasi glgn ini dengan pelbagai tindakan di luar batas insan, dgn menggunakan pelbagai tekanan perundangan, tidak akan membantu membina masyarakat berteraskan Insan & Ehsan.
You should learn to understand the Rakyat more YB Menteri, especially those yang bukan dari kalangan yang se-KAYANGAN dengan kamu.
For this kind of DISCRIMINATION & HARRASSMENT, I will stand by my anti-vaksin brothers and sisters...
#############################
*Kita akan 'susahkan' kehidupan golongan anti-vaksin* -Khairy
October 16, 2021 - Isu Semasa, Khairy Jamaluddin
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.
“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.
“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.
“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini hari ini.
Khairy turut menegaskan, Kementerian Kesihatan berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.
Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah. Dijangkakan lebih banyak batasan yang akan ditetapkan kemudian.
Menurut Khairy, pihaknya tidak mahu hanya fokuskan pada sektor pendidikan tetapi juga untuk sektor awam keseluruhannya.
“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling iaitu pada November nanti adalah wajib untuk penjawat awam divaksinasi. Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya.
-UTUSAN