PADA WALAUN HANG SURUH SETIA ,IKLAS, TAAT BAGAI...HANGPA BALON ELAUNS GAJI PULOH PULOH RIBU TAK RASA NAK TOLAK KAH-BUKTIKAN KEIKLASAN DULU//LEBIH KURANG UMNO SAJA..TAK DAK FULUS..

 

Idris seru ahli Pas agar sentiasa ikhlas dalam perjuangan

Idris

Idris seru ahli Pas agar sentiasa ikhlas dalam perjuangan.NAIB Presiden PAS, Idris Ahmad menyeru ahli parti itu sentiasa bermuhasabah dan mengikhlaskan diri dalam perjuangan panjang nafas parti berkenaan.

Beliau berkata, selain kesetiaan terhadap parti, akhlak hidup berjemaah sangatlah ditekankan dalam memastikan ahli akar umbi sentiasa berpegang teguh dalam apa juga keadaan.

“Akhlak hidup berjemaah sangatlah ditekankan dalam memastikan kita sentiasa bermuhasabah, mengikhlaskan diri serta tetap setia dalam perjuangan nafas panjang ini.

“Istiqamahlah dan berpegang teguh dengan apa juga keadaan dan tidak meninggalkan program-program tarbiyah yang menjadi nadi jemaah PAS,” katanya menerus Facebook.

Idris berkata, beliau mengharapkan supaya niat keberadaan ahli parti dalam PAS adalah kerana dasar yang dipegang jemaah iaitu Islam.

“Janganlah sesekali kita menyimpang daripada nawaitu ini. Hakikatnya, inilah yang menjadi pengubat dan penguat kepada kita,” katanya.

Terdahulu, Idris yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan beliau berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit Gantang kali ke-54, hari ini.

“Saya rakamkan ucapan tahniah buat saf kepimpinan PAS Kawasan Bukit Gantang. Siiru ‘ala baratillah,” katanya.

No comments: