RUNDING PUNYA RUNDING DEPA BOLEH SAKAU...BUKAN BOLEH CAYA NIH....PAK LEBAI BUKAN BOLEH NAK HALANG APA PUN..SEMBANG JA DERAIH..ALASAN MUDAH JA..KAMI BUKAN 100% JADI KERA..JAAN

 

Perbincangan ‘rombakan MAHB’ cetus kebimbangan pengambilalihan Lapangan Terbang Subang




Lapangan Terbang Subang satu-satunya aset MAHB yang tetap memberikan keuntungan ketika pandemik Covid-19.

PETALING JAYA: Perbincangan untuk menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Mohd Shukrie Mohd Salleh telah mengundang kebimbangan terhadap pengambilalihan Lapangan Terbang Subang yang menguntungkan oleh sebuah syarikat swasta.

Sumber terdekat begitu memuji prestasi Shukrie sepanjang 20 bulan beliau memegang jawatan itu namun, kebimbangan utamanya ialah mengenai kemungkinan yang akan berlaku selepas ketiadaannya.

“Saya tidak tahu sama ada orang yang menggantikannya akan mempertahankan Lapangan Terbang Subang,” kata seorang sumber yang enggan dinamakan.

Sumber itu merujuk mengenai cadangan daripada WCT Holdings Bhd, yang mana menerusi anak syarikat miliknya, Subang Skypark, dilaporkan ingin mengambil alih dan mengoperasikan lapangan terbang terbabit sehingga 2092.

WCT berkata, cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan adalah untuk mencadangkan konsensi semula dan bukan mengambil alih lapangan terbang yang sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu.

Pakar pengangkutan dan ahli politik termasuk Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki telah membantah cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, pemegang taruh utama MAHB dilaporkan ingin menggantikan Shukrie walaupun beliau mendapat sokongan lembaga pengarah dan bekas peneraju organisasi media utama dicanang antara yang bakal mengisi tempatnya.

Kesan buruk

Sumber berkata, pendirian Shukrie terhadap isu Lapangan Terbang Subang menjadi antara perkara yang pernah diperjuangkannya sekiranya beliau diganti.

“Cadangan itu mempunyai implikasi yang besar, bukan hanya kepada MAHB atau pemegang taruh yang termasuk badan kerajaan seperti Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), tetapi juga rangkaian perhubungan udara.”

Sumber itu menjelaskan bahawa Lapangan Terbang Subang adalah di antara lapan daripada 39 lapangan terbang di bawah rangkaian MAHB yang menjana keuntungan sebelum pandemik melanda.

Difahamkan, ketika pandemik, Lapangan Terbang Subang adalah satu-satunya lapangan terbang yang kekal untung.

“Keuntungan daripada lapan lapangan terbang itu digunakan untuk membiayai operasi 31 lagi lapangan terbang di seluruh negara bagi memastikan perhubungan udara di seluruh negara. Tanpa lapangan terbang Subang, model subsidi bersilang mungkin terjejas.”

Sementara itu, satu lagi sumber memaklumkan FMT bahawa sementara kerajaan berkata sebarang cadangan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang akan dirujuk kepada MAHB terlebih dulu, namun ia tidak bermaksud cadangan WCT itu dihentikan.

“Mohd Shukrie begitu tegas untuk mempertahankan lapangan terbang itu. Dia pemimpin yang begitu fokus untuk mendapatkan hasil dan menjaga kebajikan kakitangan.”

No comments: