SHAFIE DAN WARISAN TELAH GAGAL. JELAS DITOLAK RAKYAT SABAH

 15 Disember 2020, Selasa



Kami mengambil maklum akan satu kenyataan daripada mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berkaitan penukaran pimpinan Pakatan Harapan dan Ketua Pembangkang. Saya melihat kenyataan beliau hanya untuk mengalihkan pandangan rakyat Sabah tentang kegagalan kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran beliau serta penolakan rakyat Sabah terhadap parti Warisan.

Shafie perlu sedar bahawa rakyat Sabah telah hilang kepercayaan kepada parti Warisan dan telah muak dengan slogan 'Sabah for Sabahan' serta 'Unity' yang ternyata hanyalah sekadar retorik semata.

Selama tempoh-tempoh 8 bulan memerintah, tidak ada pembangunan yang signifikan boleh dilihat di Sabah; selain hanya membolot jawatan dan merebut ghanimah dikalangan kroni dan keluarga sahaja.

Kembali kepada sejarah selepas PRU-14, Warisan Plus sebenarnya telah tewas. Namun ia berjaya membentuk kerajaan setelah UPKO mengumumkan keluar dari Barisan Nasional setelah Barisan Nasional hilang kuasa di peringkat Persekutuan.

PRN Sabah ke-16 baru-baru ini sekali lagi membuktikan bahawa parti Warisan gagal mendapat kepercayaan dan ditolak rakyat Sabah walaupun membolot paling banyak kerusi ditandingi berbanding PH dan UPKO.

Sebaiknya Shafie dan Warisan perlu banyak muhasabah diri dan lebih fokus untuk memperbaiki kelemahan. Jangan sibuk untuk mencampuri urusan dalaman Pakatan Harapan yang tidak ada kena mengena dengan Warisan. 

Dengan 'track record' yang cemerlang, Pakatan Harapan tidak seharusnya diperlekehkan. Malah 'Unity' yang dibawa Pakatan Harapan berjaya menyatu-padukan rakyat Malaysia sehingga tumbangnya Barisan Nasional pada PRU14 lalu; berbeza dengan kegagalan kempen 'Unity' Warisan walau 'billboard Unity' yang terpampang wajah Shafie dipasang di seluruh Sabah.

Kredibiliti pimpinan Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim telah teruji dan tidak boleh disangkal lagi samada dalam mahupun luar negara. Kita mahukan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara  sebagai Perdana Menteri dan bukannya pemimpin yang menjadi boneka kepada individu tertentu demi dendam peribadi.


Rubiah Binti Onga

Ketua Wanita Keadilan

Negeri Sabah




No comments: