PRESIDEN KERABAT, BEKAS CALON PAS DI PRK PORT DICKSON DAKWA ANWAR TIDAK MEMBANTU VETEREN TENTERA DI PORT DICKSON - SATU FITNAH JAHAT(BERITA BERGAMBAR )


Image may contain: 1 person



Saya telah membaca satu berita dari airtime.my yang disiarkan melalui Instagram yang memetik dakwaan Presiden Sekretariat KERABAT Kebangsaan, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, bekas calon Pas dalam PRK Port Dickson (Okt 2018) yang tewas kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam pertandingan 6 penjuru, di mana beliau mendakwa Anwar tidak menghiraukan kebajikan veteren tentera di Port Dickson selepas memenangi Kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti besar iaitu 23, 560 undi.


Image may contain: 3 people, people standing, text that says "Ahli Parlimen Port Dickson YB Anwar Ibrahim 5 April jam 4:18 PG Ahad 5 April; Sumbangan daripada YB Dato Seri Anwar Ibrahim pada hari ini adalah sumbangan berupa pek barangan dapur dan topeng muka kepada balu dan anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pasukan Pusat Khidmat juga berkesempatan menyampaikan sumbangan pek barangan dapur dan wang tunai kepada Encik Nasarudin yang ketika ini tidak bekerja kerana PKP dan mempunyai 11 orang anak. #KitaJagaKita #DudukRumah #ParlimenPD PAN PAN +6"

Di dalam dakwaannya, beliau sedikitpun tidak memberikan bukti atau contoh di mana aspek kebajikan veteren tentera yang diabaikan oleh MP Port Dickson berkenaan. Beliau turut menyatakan Anwar gagal untuk menyentuh isu kebajikan veteren tentera di dalam Parlimen. Apakah beliau tidak faham peranan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang bukan hanya bercakap di dalam satu perkara sahaja, tetapi akan menyentuh kesemua aspek seperti yang beliau lakukan sewaktu di dalam perbahasan bajet baru-baru ini. Manakala bagi setiap kementerian secara khusus telah ditetapkan beberapa Ahli Parlimen untuk menyuarakannya termasuk berkaitan Kementerian Pertahanan dan kebajikan bekas tentera.

Image may contain: 3 people, text that says "Setiausaha Politik Dato Seri Anwar Ibrahim, Sdr Farhan Fauzi menyampaikar bantuan kepada Persatuan Pemandu Teksi Port Dickson bagi meringankan sedikit beban yang ditampung persatuan berkenaan. Pemandu teksi juga sempat menyuarakan agar pihak kerajaan negeri membantu meringankan sedikit bantuan one-off kepada mereka kerana punca pendapatan kini agak teriejas akibat Covid. HARAPAN PUSAT RAKYAT DICKSON"

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor, text that says "Ahli Parlimen Port Dickson YB Anwar Ibrahim 25 Mac jam 7:23 PG Pasukan tentera hari ini menerima sumbangan topeng muka, hand sanitizer, sarung tangan & sabun anti bakteria dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson. Sumbangan ini diharap dapat membantu melincinkan tugasan anggota tentera dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini. Semoga Allah melindungi mereka. #kitajagakita #parlimenPD"


Berkenaan tuduhan beliau bahawa Anwar mengabaikan veteren tentera di Port Dickson ternyata satu fitnah yang jahat dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas pegawai tentera seperti Lt Kol (B) Nazari. Kita faham beliau mungkin amat kecewa apabila majoriti termasuk veteren-veteren tentera di Port Dickson bahkan warga tentera sendiri tidak mengundi beliau walaupun beliau cuba untuk menggunakan pengaruhnya sebagai bekas pegawai tentera bagi meraih undi, namun tidak seharusnya dendam peribadi terhadap Anwar itu menjadikannya sebagai seorang bekas pegawai tentera yang tidak bermaruah.


Image may contain: one or more people, text that says "Ahli Parlimen Port Dickson 11 Mei jam 5:47 PG YB Anwar Ibrahim Pejabat Parlimen Port Dickson pada hari ini meneruskan agihan sumbangan barangan dapur kepada anggota tentera dan staff awam di bawah naungan Mk Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson. Moga sumbangan ini membantu para penerima. #KitaJagaKita #ParlimenPD PUSAT KH'RMAT RAKYAY MEN.D PORT DIOPE"Image may contain: 2 people, people sitting, text that says "Ahli Parlimen Port Dickson- YB Anwar Ibrahim 9 Julai 2019 jam 6:19 PG Wakil Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson menyampaikan sumbangan kebajikan kepada dua warga emas. 1. Sjn. (B) Abd Karim, seorang veteran tentera yang mengalami strok dan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan di Permatang Pasir, Linggi. 2. Theng Thang Kiap, warga emas berusia 85 tahun yang menghidap kanser paru-paru di Taman Sengkang, Pasir Panjang."


Bagaimana mahu dikatakan Anwar mengabaikan veteren-veteren tentera sedangkan di Pejabat Khidmat beliau sendiri di Port Dickson telah menempatkan seorang bekas pegawai tentera dan seorang veteren tentera untuk membantunya memberikan perkhidmatan sebaik mungkin khususnya kepada veteren-veteren tentera di sana. Berbagai program kebajikan kepada golongan ini telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan berterusan oleh MP Port Dickson ini.

Saya tidak mampu untuk menyenaraikan banyak program yang telah dijalankan oleh MP Port Dickson selama ini, memadai beberapa bukti yang sempat saya kongsikan di sini, selebihnya diharapkan Lt Kol (B) Nazari lihat sendiri di Page Ahli Parlimen tersebut atau mendapatkan penerangan dari Pusat Khidmat beliau.

Setiap kali program bantuan, tidak pernah veteren tentera diabaikan. Bahkan sumbangan lembu korban setiap tahun juga diagihkan kepada golongan ini. Persatuan Pemandu Teksi di sini turut diraikan oleh MP Port Dickson di mana ramai veteren tentera yang berada di dalam persatuan ini. Di waktu PKP ini juga, veteren tentera termasuk warga tentera turut mendapat perhatian dari MP Port Dickson.

Image may contain: text that says "Ahli Parlimen Port Dickson YB Anwar Ibrahim 14 Ogos jam 7:23 PG © Pejabat Parlimen Port Dickson menyampaikan sumbangan kepada Sjn Norasyikin & Cikgu Shahril di Kg. Paya, Port Dickson yang ditimpa musibah akibat ribut petir pada awal pagi tadi. Penghargaan juga kepada pihak tentera yang bertindak segera menggantikan bumbung yang rosak di rumah mereka berdua. #ParlimenPD +3"

Pengambilan veteren tentera untuk bertugas di Pejabat Khidmat MP Port Dickson cukup menggambarkan keprihatinan Anwar Ibrahim terhadap golongan yang banyak berjasa kepada negara ini. Apakah di Pejabat MP Marang, Presiden Pas juga berbuat demikian? Apakah program Hadi awang di Marang terhadap veteren tentera di kawasannya?

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor, text that says "Ahli Parlimen Port Dickson 11 April jam 5:53 PG YB Anwar Ibrahim Sabtu, 11 April Pejabat Parlimen Port Dickson menyerahkan sumbangan topeng muka daripada YB Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Lt. Kol Nasarudin bin Mansor, Ketua Op Penawar untuk diagihkan kepada sebahagian pasukan di bawah MK Pemerintahar Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson. #KitaJagaKita #DudukRumah #ParlimenPD +3"

Seperkara lagi, Lt Kol (B) Nazari mungkin terlupa bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan tebuk atap PN di mana Pas turut bersekongkol dan sebahagian dari kerajaan. Apakah kerajaan PN sekarang lakukan terhadap veteren tentera? Adakah sekadar memberikan 'One Off" RM 500 kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM)? Itu pun hasil dari usaha kerajaan PH sebelum ini.

Image may contain: one or more people and people standing, text that says "Ahli Parlimen Port Dickson YB Anwar Ibrahim 1 April jam 8:18 PG Agihan Pek Makanan hari ini diteruskan ke agensi agensi seperti Bomba, Polis, Klinik Kesihatan serta pasukan Polis, RELA dan Tentera yang mengadakan sekatan jalan raya. Selain dari itu, asnaf juga tidak ketinggalan dalam pemberian pek makanan ini. Pihak kami cuba sedaya mungkin memastikan tiada golongan yang tertinggal untuk mendapat perhatian dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan. #kitajagakita #parlimenPD PORTDIEXSON AaMOa BMT1051 +6"


Saya berharap rakan saya Lt Kol (B) Nazari mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan. Lebih baik beliau berani mencadangkan kepada kerajaan PN sekarang yang lebih berkuasa untuk membela nasib veteren tentera di seluruh negara.

WFAUZDIN NS

 

No comments: