Selepas ‘digulingkan’ daripada MB Perak, Peja mahu lepas Presiden PAFA

 

Selepas ‘digulingkan’ daripada MB Perak, Peja mahu lepas Presiden PAFA


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan terus menjadi penyokong setia skuad The Bos Gaurus walaupun selepas melepaskan jawatannya.

Ahmad Faizal berkata, beliau juga bersedia membantu menyumbang idea dan pendapat kepada kepimpinan pengurusan PAFA yang akan diterajui oleh presiden baharu nanti.

“Saya akan letak jawatan. Itu pasti… cuma (saya) tunggu selepas habis Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri Perak).

“Saya tetap akan jadi penyokong setia The Bos Gaurus dan saya akan ke stadium jika berkesempatan. Saya akan memberi komitmen dan sokongan kepada presiden baharu untuk memperkuatkan pasukan.

“Malah, saya sedia membantu untuk mempersiapkan Perak FC sebagai sebuah kelab bola sepak yang boleh menjana pendapatan kepada pasukan,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Selasa.

Ahmad Faizal memberitahu, Perak FC yang kekal dibimbing Mehmet Durakovic dibentuk sebagai sebuah pasukan mantap untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan..



No comments: