Bajet dah lulus. Aku terkejut?

 

Taklah. Aku dah tulis banyak kali, aku lebih suka PRU. Dan semalam pun aku dah tulis yang Umno memang parti kluk klek. Memang tak boleh percaya. Jadi aku nak terkejut apanya?

DS Anwar pun cool saja. Apa yang penting semua dah bangun. Dan di setiap kementerian peringkat jawatankuasa pun MP kita dah lawan. PN tak ada majoriti. Dan hakikatnya PH juga begitu.

Cuma kesian ada orang kena game semalam. Tebalkan muka buat press conference sebab yakin PN jatuh hari ini. Dia ingat nak potong tang konar rupanya Sprint test. Jalan lurus je, tak ada konar.

Tengok hari pengundian, kawan dia yang dia nak kongsi kuasa tu pun tak nampak bayang. Nak tadbir negara macamana kalau sidang pun ponteng. Tak mengapalah. Benda dah jadi. Ye tak?

Yang bagusnya, sepatutnya rakyat dah buka mata. Rakyat dah boleh lihat siapa yang gila kuasa dan siapa yang betul berusaha untuk dapatkan yang

terbaik

untuk rakyat. Jelas PH pejuang rakyat.

Tentang bacaan kali pertama yang tidak ditolak PH juga tidak ada masalahnya. Jika hari ini kita gagal tolak, hari itu juga kita gagal secara logiknya. Tambah lagi, Warisan yang jelas mengatakan hanya patuh arahan Presiden pun tak bangun hari itu.

Sekiranya PH bangun ketika bacaan kali pertama, mungkin malu lebih besar sebab Warisan pun tak sokong. Dan rasanya reaksi rakyat lebih berbeza. So kudos to DS Anwar. Strategi yang berjaya dan tepat pada sasarannya.

Sekarang tumpu ke PRU15. Tak usah kecoh dah fasal nak tubuh kerajaan SD. Yang tak suka DS Anwar, boleh segera masuk Pejuang Warisan Muda. Tak payah usaha pecah-belahkan PH lagi.

Agenda rakyat masih lagi perkara nombor satu. Orang tua yang gila talak terhadap jawatan yang dia sendiri ceraikan hari tu, biarkanlah dia meroyan sendiri. Yang penting kita atur langkah kita.

Aku yakin dengan kempen yang teratur, menyentuh terus ke jiwa, pengundi atas pagar akan menyokong PH dalam PRU akan datang. Yang utamanya kita kena sedarkan rakyat agar menolak pengkhianat, penyangak, parti rasis dan juga penunggang agama.

Aku insyaAllah akan terus menulis. Tumpuan penulisan aku adalah untuk memberi penjelasan kepada pengundi atas pagar serta menjawab soalan musuh secara tidak langsung.

Dan ya, semua status aku yang public adalah bebas untuk dikongsi. Tak perlu minta kebenaran. CnP juga dibenarkan cuma kalau boleh kekalkan nama Raja Gelap. Tak perlu tag aku.

Tapi nak padam nama Raja Gelap pun tak ada masalah kerana yang penting, mesejnya sampai. Nama bukan isu. Bersama kita tukar lanskap politik negara kita demi masa depan generasi kita.

- R a j a G e l a p -

 

No comments: