Kemudian, pada 29 November, sembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap kerana mengedar dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata hasil pemeriksaan polis berjaya merampas sejumlah dadah jenis syabu seberat 38.65 gram bernilai RM3,865; 42.25 gram dadah jenis heroin bernilai RM2,112.50 dan sejumlah tembakau.