*Posting panjang di hadapan*
1. Hujung minggu lepas, saya buat spring cleaning library kecil kami di rumah. Banyaknya buku sekolah anak. Tengah saya mengemas, saya terpandang buku tulis warna coklat. Sejak zaman saya sekolah kalernya sama.
2. Seperti biasa, di belakangnya tetap ada lima prinsip Rukun Negara. Bermula dengan “Kepercayaan kepada Tuhan”, ada “Kedaulatan Undang-Undang” dan berakhir dengan “Kesopanan dan kesusilaan”. Bila terbaca tu, terus terlintas dalam kepala saya mengenai politician kita.
3. Kalau untuk budak, Rukun Negara tu kita letak belakang buku tulis sekolah. Mungkin untuk politician, kita patut sediakan lanyard gantung kat leher depa. Kalau susah sangat, boleh la try tepek di dahi. Moga-moga terang hati nak hayati prinsip Rukun Negara hari-hari.
4. Sebab nak sembang dengan anak masa dinner nanti, saya pun research la sikit pasal Rukun Negara. Rupanya, Kerajaan buat Rukun Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ikut acuan Pancasila dari negara Indonesia. Dilancar pada tahun 1970 masa Hari Merdeka. Sebab nak create “Unity” Tun Abdul Razak tukar nama “Hari Merdeka” ke “Hari Kebangsaan”. Tujuannya nak wujudkan “Bangsa Malaysia”.
5. Kalau tuan puan tengok dalam Rukun Negara ada dua bahagian. Satu bahagian bercerita mengenai prinsip berlima yang kita dok hafal dari kecil. Yang start dengan “Maka kami, rakyat Malaysia…” Namun ada satu lagi bahagian yang selalu kita lupa. Bahagian MATLAMAT DAN CITA-CITA. Yang paling saya tertarik, masa saya teliti buku tulis anak saya tu, ialah perkataan “LIBERAL” dalam perenggan (iv).
“BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak
(i) …
(ii) …
(iii) …
(iv) Menjamin satu cara LIBERAL terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
(v) …
6. Eh… ada perkataan “LIBERAL” dalam Rukun Negara? Kalau tunjuk ke Pak Lebai PAS, tak ke diaorg pengsan? Selalu “Liberal” ni la yang jadi modal politikus dan penyokong musibat. Pantang lain sikit dari dalil yang dikeluarkan, semua dicop kafir atau “liberal”. Itu lah sogokan nak kurangkan daya mantik penyokong taksub mereka.
7. Sekarang ni bukan hanya liberal, ada kalangan kita nak mengaku “moderate” pun takut. Pada orang kita, liberal atau moderate tu bukan Islamik. Sejenis yang tak pakai tudung, tak pakai baju kurung, reti cakap omputih, haaaa “liberal” la tu. Jangan didengar cakap mereka. Penekanan dibuat lebih kepada “form” dari “substance”. Seperti biasa, kurang penghayatan kepada maksud atau roh suatu perkara.
8. Walhal, maksud “liberal” bukan nya ikut cara berpakaian. Kalau tuan puan tengok maksud sebenar “Liberal” ialah “terbuka”. Simply put “Openness”. Dalam konteks Rukun Negara, ia bertepatan sekali. Our forefathers wanted us to be open to each other. Terima kepelbagaian budaya dan tradisi. Itu cara demokrasi yang perlu kita anuti.
9. Namun demikian, prinsip ini disalahertikan. Bagi golongan haluan kanan, geng UMNO dan PAS dah hijack prinsip “keterbukaan” atau “liberal” ini untuk naratif politik sempit mereka. Bila Rukun Negara minta kita berlapang dada dan minda, untuk terima perbezaan budaya, geng politik mainkan sentimen agama dan bangsa. Racun kita dengan politik kebencian dan pecah belah. Divide and conquer tak sudah2.
10. Namun tuan puan tengokkan saja sekarang. PAS misalnya. Sebelum jadi Kerajaan, dihentamnya Kerajaan BN dan PH sebagai Kerajaan Kafir. Sebab biarkan arak dan judi. Bila dia jadi Kerajaan, dia kata pulak orang bukan Islam ada hak mereka. Arak dan judi dah tak jadi hal pula. Malah tambah berleluasa, cabutan judi naik 3 kali ganda. Ni dah masuk bulan 10, ada tuan puan dengar hingar bingar pasal OctoberFest? Semua dah senyap sunyi masuk gua, nak bangkitkan isu dah tak best.
11. Dulu katanya Malaysia ikut perlembagaan penjajah. Nak tukarnya negara kita jadi negara Islam. Bila naik jadi Kerajaan, RUU 355 mengenai Hudud, katanya perlukan masa. Kena tunggu hingga bukan Islam terbuka minda untuk menerima. Thing is, kalau perangai pemimpin Islam kita bukan level Nik Aziz, sampai kiamat pun mereka takkan terima. Makanya, kesian la walaun dulu bertempik di Padang Merbuk, sekarang dah terduduk sambil dahi ditepuk.
12. Dulu juga, lebai PAS ni pantang tengok apa2 jenis hiburan. Segala jenis majlis pun kena asing laki perempuan. La ni Menteri Agama pulak bergelek berzumba sambil berserban, sebelahnya makcik mana bergelak sakan. Tulah bana jadi Kerajaan. Rakyat dah nampak true colours, harap masa pilihanraya nanti, tolonglah mereka ini kita humban!
13. Sama juga yang berhaluan kiri, mereka hijack prinsip “liberal” untuk kepentingan diri. Dicanangnya “liberal” ini ikut acuan barat. Semuanya dibolehkan. LGBT dan murtad hendak dihalalkan. Semua atas nama “kebebasan”. Itu pun kita kena tolak. Yang mana haram tetap haram. Jangan pula dilanggar hukum kerana ikutkan fahaman singkat.
14. Saya sebenarnya sangat suka dengan konsep “wasatiyah” maksudnya sederhana atau moderate. Ia satu konsep yang dituntut dalam agama. Bukan saja dalam cara hidup tapi dalam daya berfikir. Kita digalakan ambil jalan tengah dan bersederhana. Jangan ekstrim dan jangan pula terlalu terbuka.
15. Makanya, kalau tuan puan nak pilih pemimpin negara. Pilihlah yang lagu ni. Moderate dan progresif. Gaya hidupnya bersederhana. Tengokkan saja Indonesia. Sejak mereka buat polisi de-politasi agama, susah nak dengar cerita rakyat Indonesia yang ekstremis bakar bendera.
16. Pak Jokowi pun steady, pakai baju level beli kat Mydin, yang penting naik tinggi pelaburan asing. Negara luar pun dah makin buka mata. Betapa pesatnya membangun negara Indonesia. Dijangkakan pada tahun 2025, Indonesia akan jadi ekonomi ketujuh terbesar di dunia, boleh kalahkan UK dan Germany. Kita pula bagaimana?
17. Satu saja, selami kembali matlamat dan prinsip Rukun Negara. Unity in diversity itu formulanya. Jangan totok dan taksub sampai jadi bigot. Jangan judgmental, “hollier than thou”. Macam kita maksum tiada dosa. Mak saya pernah cakap, “Everyone is a sinner. Don’t judge others just because they sin differently from you”. Yang penting kita sentiasa muhasabah diri dan improve.
18. Bagi pemimpin pula, sudah2 la tu ingat pengundi ni kurang bijak dan pandai. We’d called your bluff already. Kurangkan la guna sentimen agama dan bangsa. Tengok balik Rukun Negara, apa matlamat dan cita-cita negara. Jangan lagi di-hijack untuk kepentingan berkuasa. Kalau negara makin meranap dan rakyat merana, semua atas tangan YB-YB jua.
Wallahu ‘alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki