TAU DAH...TAK APA..TAPI UMNO CAM MANA PULAK? TAK KAN TINGGALKAN DIA SAJA.....

 


Panas! Pas tegas tidak akan tinggalkan PN, kekal dengan Bersatu


Panas! Pas tegas tidak akan tinggalkan PN, kekal dengan Bersatu



PAS akan berusaha memastikan tiada pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri Melaka.

Bagaimanapun, kata mursyidul amnya Hashim Jasin, jika perkara itu tidak dapat dielakkan, parti itu mempunyai pertimbangan sendiri.

“Andai kata kita pilih MN (Muafakat Nasional) dan tolak PN, PAS sendiri akan menjadi punca perpecahan penyatuan ummah. Begitu juga sebaliknya jika PAS memilih PN dan menolak MN.

“Namun jika ditakdirkan juga berlaku pertembungan, PAS mempunyai pertimbangan sendiri,” dia dipetik sebagai berkata ketika dihubungi Harakahdaily.

Sementara itu, akhbar atas talian PAS turut melaporkan parti itu kekal mempertahankan “penyatuan ummah” dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (pru15) dan pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Katanya, PAS tidak akan membuat sebarang pilihan untuk memilih antara MN atau PN.

Hashim percaya PAS boleh mempertahankan kerjasama dengan Umno dan Bersatu pada masa yang sama.

“MN boleh dipertahankan sekiranya Umno mempunyai semangat untuk memperkasakan perpaduan selain perlu mengambil sikap bertolak ansur demi penyatuan Melayu Islam di negara ini.

“Bagaimanapun, PAS menegaskan tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama Bersatu dan parti-parti lain, selain kekal dengan prinsip mempertahan penyatuan ummah,” katanya.

Hashim berharap kepimpinan Umno dan Bersatu sentiasa mengkaji sedalam-dalamnya untuk mempertahan perpaduan ummah.

“Saya selalu mengingatkan, pertembungan tiga penjuru hanya akan menguntungkan pihak lawan yang sememangnya mahu kita berpecah.

“Jika PN dan Umno ditakdirkan kalah disebabkan pertembungan tiga penjuru, yang rugi kehidupan umat Islam dan Melayu,” katanya.

No comments: