OWHHH...KALAU MINTA PERINCIAN MACAMANA YA....TAPI TAK BERKESAN PUN......

 

J-KOM belanja RM2.18 juta setakat Ogos




Abdul Latiff Ahmad berkata, RM1.78 juta dibelanjakan untuk bayaran emolumen, elaun dan tuntutan perjalanan 52 kakitangan tetap serta 35 anggota MySTEP.

PETALING JAYA: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) membelanjakan RM2.18 juta sehingga 26 Ogos lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad.

Dalam Belanjawan 2021, RM40.5 juta diperuntukkan kepada jabatan itu.

Ketika menjawab pertanyaan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat beliau berkata, daripada jumlah itu, RM1.78 juta dibelanjakan untuk bayaran emolumen, elaun dan tuntutan perjalanan 52 kakitangan tetap serta 35 anggota MySTEP.

Latiff berkata, RM77,400 digunakan untuk perbelanjaan pengoperasi pejabat yang merangkumi sewaan dan penyelenggaraan kelengkapan pejabat.

Katanya, J-kom membelanjakan RM14,500 untuk pelaksanaan program berkaitan isu pandemik Covid-19.

Jabatan itu pada awalnya diperuntukkan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021, iaitu jumlah yang dikritik Ahli Parlimen pembangkang kerana percaya wang itu boleh dibelanjakan lebih baik ke atas sumber untuk memerangi pandemik.

Peruntukan itu kemudiannya dikurangkan kepada RM40.5 juta.

J-Kom, yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dijenamakan semula secara rasmi pada 1 Feb lalu.

No comments: