BARU SEDAR KENA KENCING DENGAN PAS- Tidak ada ‘muafakat’ dalam PRN Melaka

 


Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak akan bekerjasama dengan Pas atau Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menyentuh kesinambungan Muafakat Nasional (MN) Umno dengan Pas yang dimeterai pada 2019.

“Oleh sebab MN ini tidak pernah didaftarkan maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN direalisasikan (dalam PRN Melaka) sebagaimana siri PRN sebelum ini.

“Biarlah Umno bertanding dengan panji BN secara solo dan insya-Allah rakyat akan memilih parti yang terbaik,” katanya.

Zahid berkata demikian dalam rancangan bual bicara dalam talian menerusi saluran NR Channel TV malam tadi.

Berkenaan Akta Lompat Parti, beliau berkata pelaksanaannya amat sesuai pada masa ini.

“Apapun namanya, asalkan tidak ada yang melompat. Jangan pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi-pengundi.

“Hadapilah realiti politik. Kalau kita jadi pembangkang pun, saya tidak fikir saudara Rafi (moderator) akan hilang telinga kalau terus jadi pembangkang…

No comments: