BY RANI RASIAH
·
risiko penurunan dalam permintaan
seperti berlaku semasa krisis ekonomi ditanggung oleh TNB. Semasa Krisis
Ekonomi Asia tahun 1997, TNB terpaksa hentikan pengeluarannya sendiri untuk
menunaikan kontrak PPA
READ MORE: Malaysia's railways in need of
vertical integration
b) Bayaran untuk kapasiti dan tenaga
i) Bayaran kapasiti
Ini adalah bayaran tetap yang dibuat kepada IPP (untuk mendapat kembali kos
pembangunan kemudahan menjana kuasa dan ‘overhead’ tetap) untuk mengendalikan
sejumlah kapasiti menjana berlebihan – ‘reserve capacity’. Ini adalah amalan
biasa dalam sektor tenaga dan peratus kapasiti berlebihan adalah antara 15% dan
20%. pada peringkat antarabangsa.
Masalah di Malaysia adalah kapasiti berlebihan yang
ditetapkan adalah 40% – dua kali lebih daripada kapasiti berlebihan yang
diperlukan! Oleh itu TNB terpaksa membayar dua kali ganda daripada apa yang
perlu dibayar kepada IPP. Di Thailand yang menarik lebih banyak FDI daripada
Malaysia, kapasiti berlebihan adalah 22% sahaja.
Kapasiti berlebihan dua kali ganda ini amat
menguntungkan IPP tetapi amat membazirkan dan merugikan TNB. Lebih daripada 50%
bayaran TNB kepada IPP adalah bayaran untuk kapasiti berlebihan. Sekiranya
penaksiran kapasiti berlebihan dibuat dengan lebih kompeten, TNB dapat
menjimatkan berbilion-bilion ringgit.
ii) bayaran untuk tenaga
Merupakan bayaran untuk turun naik kos operasi
(supaya beban inflasi tidak ditanggung oleh IPP) dan kos bahan bakar yang
digunakan dalam penjanaan.
Kos bahan api adalah kos ‘pass-through’ iaitu apa
sahaja kos bahan api yang diperlukan bagi menjana elektrik akan dicaj kepada
pengguna. Disamping itu, TNB akan tanggung sekiranya ada kenaikan harga bahan
api.
IPP adalah penerima subsidi gas paling banyak
daripada Petronas. Pada Mei 2011, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk
Peter Chin Fah Kui mempertahankan IPP dengan mengatakan bahawa IPP tidak
mendapat sebarang keuntungan daripada subsidi gas yang merupakan kos
‘pass-through’.
Tetapi walaupun IPP mendapat gas dengan harga yang
rendah, ia membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi
daripada harga TNB. Ini bermakna IPP mendapat keuntungan besar daripada
subsidi gas.
Untung terjamin untuk IPP – risiko
perniagaan ditanggung oleh TNB
IPP bebas daripada risiko penurunan dalam
permintaan (jualan terjamin) dan kenaikan harga bahan bakar serta dijamin
keuntungan sebanyak sekurang-kurangnya 20% setiap tahun untuk 21 tahun. Mana
ada peranan ‘entrepreneurship’ yang diambilkira sebagai salah satu faktor
pengeluaran oleh pakar ekonomi ‘mainstream” dan manakah sumbangannya terhadap
berbillion-billion ringgit untung yang diperolehi daripada TNB?
Bayaran TNB kepada IPP
Tahun |
Bayaran kpd IPP: RM |
Bayaran untuk tenaga |
Bayaran kapasiti |
2007 |
7.7bn |
4.2bn |
3.5bn |
2008 |
8.7bn |
3.9bn |
4.8bn |
2009 |
11.9bn |
5bn (projected) |
|
2010 |
12.5bn |
||
2011 |
14.2bn |
Hampir setengah kos operasi TNB terdiri dari
bayaran kepada IPP, dan separuh dari bayaran ini adalah untuk bayaran kapasiti,
dimana separuh wang atau RM2.4bn untuk 2008 dapat dijimatkan sekiranya reserve
kapasiti yang munasabah ditetapkan. Jumlah bayaran kepada IPP meningkat tahun
demi tahun sedangkan pendapatan bersih TNB turun.
Perjanjian ini sangat memihak kepada IPP sehingga
Tan Sri Ani Arope Pengerusi Eksekutif TNB pada masa itu enggan menandatangani
kontrak dan meletak jawatan. Perjanjian ini tidak disenangi dan dikritik oleh
ketua-ketua TNB sejak masa itu, malah, pakar economi haluan kanan juga
mengkritiknya.
Kesan penswastaan industri tenaga –
TNB, rakyat dan negara
a) Meningkatkan beban hutang kerajaan melalui
subsidi gas yang diberi kepada IPP dan TNB sehingga hari ini
b) Menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran
berbillion-billion ringgit kepada IPP. Dua puluh tahun sejak IPP diberikan
lesen, status kewangan, prestasi dan imej TNB turun. Pada tahun 2011,
keuntungan bersih turun TNB dari RM3.2bn pada tahun 2010 ke RM499.5 juta (salah
satu sebab kerana terpaksa bayar harga pasaran untuk gas dan membeli bahan
bakar ganti yang lebih mahal), dan dividen akhir tahun untuk tahun kewangan
2010/2011 tidak dapat dibayar. Tetapi pada masa yang sama, IPP mendapat
keuntungan yang lumayan melalui satu kontrak yang dikatakan baik sekali di
dunia.
c) Mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.
d) Tidak meningkatkan kecekapan penjana kuasa.
Menurut institut bebas Refsa (Research for Social Advancement), kos menjana
elektrik oleh IPP di Malaysia 80% lebih tinggi daripada penjana di Singapura
e) Selepas 20 tahun IPP dan TNB masih bergantung
kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga
alternatif yang murah dan hijau dengan menggunakan wang keuntungan IPP.
Syor
Peranan TNB seolah-olah mengorbankan diri sendiri
supaya IPP boleh terus mendapat untung lumayan. Keputusan kerajaan untuk
membeli aset menjana tenaga yang dijual oleh Ananda Krishnan adalah pengakuan
bahawa model penswastaannya telah gagal.
Tetapi ini tidak cukup, dan tindakan-tindakan
berikut disyorkan:
·
Hentikan kontrak PPA dengan serta
merta dan kenakan bayaran ganti rugi
·
Tamatkan kontrak dengan semua IPP,
dan miliknegarakan industri penjanaan elektrik. Berbillion-billion ringgit
bayaran kepada IPP boleh dijimatkan.
·
Gunakan wang yang dijimatkan untuk
membangunkan sumber tenaga alternatif hijau
·
Ambil tindakan undang-undang terhadap
Tun Dr Mahathir Mohamad dan EPU kerana memecah amanah dengan tindakan jenayah
mereka mewujudkan PPA yang merugikan kerajaan dan rakyat.
Rujukan:
1. Annual Report TNB 2011
2. The High Cost of Private Monopolies, CAP
3. The IPP Investment Experience in Malaysia, Jeff Rector
4. Dec 2010, Malaysiakini article by SM Idris
5. TNB History
6. REFSA (Research for Social Advancement) , June 2011
7. Lim Guan Eng’s letter June 2006 to TNB CEO
8. Viewpoints, pg 3, StarBizWeek, 4/2/12
9. Finance Twitter
10. Artikel-artikel dr Malaysian Insider, Malaysiakini
11. Temuduga Starbiz, The Star, 6 June 2006
Mac 2012
The views expressed in Aliran's media
statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official
stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not
necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT -
Lima perkara utama
1.
Tegakkan maruah serta kualiti
kehidupan rakyat
2.
Galakkan pembangunan saksama, lestari
serta tangani krisis alam sekitar
3.
Raikan kerencaman dan keterangkuman
4.
Selamatkan demokrasi dan angkatkan
keluhuran undang-undang
5.
Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download
the QR code below and scan this QR code from Gallery by
using TnG e-wallet or most banking apps: