By
Rani Rasiah mengulas mengenai kesan penswastaan industri
tenaga elektrik terhadap para stakeholder.
Pengkorporatan LLN 1990
Pada satu ketika dahulu industri menjana elektrik
adalah monopoli awam sebelum 1992. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara
(LLN):
merupakan satu entiti yang berjaya dan beruntung
dengan pengurusan berkaliber. Mereka mampu menurunkan tariff kepada pengguna.
Bank Dunia pernah memujinya dengan mengiktirafkannya sebagai sebuah entiti yang
ditadbir dengan baik, sihat dari segi kewangan dengan dasar menentukan harga
yang sesuai, dan autonomi yang mencukupi.
Pada 1 September 1990, LLN dikorporatkan menjadi
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dimilik penuh oleh Kementerian Kewangan.
Support the
struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a pledge or schedule an auto
donation to Aliran every month or every quarter
Tel: 04-658 5251
email: aliran.malaysia@yahoo.com
Penswastaan TNB 1992
Oleh kerana perkembangan ekonomi pesat pada hujung
1980an, TNB telah merancang untuk meningkatkan kapasiti penjanaannya tetapi
tidak dibenarkan oleh kerajaan. Akhirnya keadaan ini – permintaan tinggi untuk
tenaga elektrik tanpa kapasiti menjana yang sepadan – mengakibatkan satu power
blackout 48 jam di seluruh Semenanjung Malaysia pada 29 September 1992.
Penswastaan industri menjana kuasa elektrik bermula
selepas insiden ini. Pada tahun 1992, kerajaan memulakan penswastaan TNB dengan
menjual 22% saham TNB di KLSE. Soalan yang timbul adalah, adakah keadaan blackout diwujudkan
untuk menjustifikasikan penswastaan?
Tujuan dasar penswastaan
Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada
tahun 1983 dengan tujuan:
– mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran
– membaiki kecekapan dan produktiviti
– membantu dalam pertumbuhan ekonomi
Kajian menunjukkan bahawa 20 tahun selepas
penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga-tiga tujuan ini. Pihak kerajaan
sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya:
our past experience in privatizing
power generation has not resulted in optimal results. – CEO, 1Malaysia Development Berhad (syarikat
milik kerajaan yang membeli aset tenaga Ananda Krishnan pada Mac 2012).
Rasionale untuk penswastaan TNB tidak masuk akal
memandangkan ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan
berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya
perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.
Pemberian lesen menjana kuasa kepada
syarikat-syarikat kroni
Penswastaan telah berlaku di TNB dan juga di
industri menjana elektrik.
Daripada permulaan sehingga kini, kerajaan menjadi
pemilik saham majoriti di TNB. Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh
syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi-agensi kerajaan lain
seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.
Walau bagaimanapun, aspek penswastaan yang amat
signifikan adalah penawaran lesen menjana kuasa lektrik kepada
syarikat-syarikat swasta (independent power producers atau IPP –
penjana tenaga bebas) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual
kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.
Lesen IPP diberi dalam tiga fasa, dari 1993 ke 1995
(IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006
(IPP Generasi Ketiga).
READ MORE: Anwar's acid test: Can Budget 2025
truly uplift the nation?
Pada tahun 1995, lima IPP generasi pertama
membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60%
berbanding dengan 40% oleh TNB.
Lima IPP pertama yang sangat istimewa
Lima IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang
paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat.
Pemiliknya adalah:
·
YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
·
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
·
Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri
T. Ananda Krishnan*
·
Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda
Krishnan
·
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik
Tan Sri Lim Goh Tong
*kini dibeli oleh 1MDB
Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka
tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan
melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.
Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic
Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tidak ada tender terbuka
dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran mereka
kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.
Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada lima
IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada
kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat
Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai lima itu.
Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan
ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.
PPA – kontrak merompak wang TNB
PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka
masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA) sehingga
hari ini. PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.
Di bawah PPA, ada dua jenis bayaran yang perlu
dibuat oleh TNB kepada IPP:
a) Bayaran ‘Take or Pay’
TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik
daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga yunit yang
dipersetujui dalam PPA, atau tetap membayar untuk kuantiti tersebut walaupun
TNB tidak memerlukannya.
Isu-isu berkaitan adalah:
·
harga elektrik yang dibeli daripada
IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos
yang lebih tinggi kepada pengguna. Contohnya menurut Tan Sri Ani Arope, pada
tahun 2006, TNB menjana kuasa pada kos 8 sen seunit (kWh) dan mampu menjualnya kepada
pelanggan pada harga 17 sen seunit, manakala kos menjana elektrik oleh IPP
ialah 16 sen seunit (kWh) yang dijual kepada TNB pada harga 23 sen dan dijual
kepada pelanggan pada harga 30 sen.