Kedah catat pelaburan asing tertinggi hasil kerja keras PMX dan Kerajaan Perpaduan.
Hakikatnya Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim. Ia susulan pengumuman oleh Hyundai Motor Company (HMC) untuk pelaburan RM2.16 bilion di Kulim Kedah bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid.
Bukan setakat itu sahaja bahkan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik pelaburan tambahan berjumlah RM25 bilion oleh Infineon di Kulim, Kedah membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Walaupun Kedah negeri pembangkang, tetapi Perdana Menteri masih membawa masuk pelaburan ke negeri Kedah.