Ucapan Anwar Ibrahim dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Di...
Tidak lengkap lawatan kerja saya dan delegasi sewaktu berada di London, UK jika tidak menyantuni diaspora Malaysia yang berada di sini.
Saya sempat bertegur sapa, bertukar pandangan isu semasa, diajak bergambar untuk kenangan dan seterusnya menjamah makanan yang disediakan.
Usai, sewaktu sesi soal jawab, saya maklumkan bahawa pelabur global secara berterusan mengiktiraf penguasaan teknologi yang ada di negara kita malah terus membuat pelaburan selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan mereka di Malaysia.
Justeru, semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air.