Kerja gila jual gas dalam rumah, kalau terbakar habis satu kampung


 

Perkongsian video di TikTok Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Perak memeranjatkan orang ramai selepas kementerian itu menyerbu sebuah rumah yang didakwa menjual tong gas petroleum cecair (LPG).


Seorang wanita di dalam video berkenaan berkata dia menjual gas tersebut pada harga RM27.


Pegawai KPDN kemudian bertindak merampas lima tong gas berisi dan empat tong gas kosong yang disimpan di dalam rumah

Pegawai terbabit berkata, serbuan dilakukan atas aduan orang awam.

Pemilik didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan.


“Ini kerja gila, jual gas dalam rumah. Kalau terbakar, habis satu kampung hangus!,” kata pegawai dalam rakaman itu.


Pendedahan itu berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang memuji tindakan pantas KPDN, selain mengajukan soalan berapa jumlah tong gas yang boleh dimiliki dalam sesebuah rumah.