JAN 19 - UMNO akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat kerana orang Melayu tidak menggunakan akal fikir mereka, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Nor Adam.
Menurut Lokman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi UMNO, majoriti orang Melayu enggan menyokong UMNO dan kerajaan kerana mereka tidak mahu menyokong DAP.
“Saya cakap terus teranglah, kalau berlaku pilihan raya ini, bungkus kita. Saya minta maaf cakaplah, saya agak kecewa dengan orang Melayu. Sebahagian besar orang Melayu, saya boleh kata lebih 50 peratus, hari ini mereka tidak menggunakan akal fikiran mereka. Mereka gunakan emosi.
“Hari ini kenapa mereka tak nak dengan kerajaan sekarang. Kerana kerajaan sekarang dalamnya ada DAP. Dia tak sedar dulu ada juga Cina, ada juga India. Tapi masa tu kita hidup 61 tahun, aman damai zaman BN ini, ” ujar Lokman ketika sesi temu bual bersama portal pro-kerajaan NRChannel jumaat lalu (17 Januari 2025).
#BeritaKS