Che Ibrahim
Ambo dalam perjalanan ke Kuala Lipis, sempat tengok tengok Laporan Inkues Mahkamah Sesyen Koroner di Kota Bharu pada 7 Mac 2016 berkaitan
Kes Kematian Wan Ahmad Faris Wan Ab Rahman, Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas.
Akibat kepercayaan yang tinggi kepada "Tok Bomoh," pelajar ini dikatakan mati bunuh diri sebelum disahkan sebaliknya oleh Mahkamah Koroner.
Sebelum keputusan Mahkamah Koroner itu, ramai pihak pihak yang terlibat dengan sekolah tahfiz tersebut mempercayai kematian pelajar ini adalah disebabkan oleh halunisasi dan hasutan jin. Pihak sekolah telah memanggil beberapa orang bomoh yang mengesahkan pelajar ini membunuh diri termasuk bomoh dari Thailand.
Keputusan Mahkamah Koroner tahun 2016 ialah tiada implikasi si mati telah membunuh diri sendiri... Kematian si mati disebabkan oleh seseorang atau orang orang yang belum dapat dikenal pasti oleh pihak polis, Maka si mati adalah mati disebabkan oleh seseorang individu lain.
Pihak polis telah mengklafikasikan kes ini sebagai NFA (Tidak Ada Tindakan Lanjut) pada 7 Sept 2020 sehingga ada keterangan keterangan baru. Keterangan keterangan saksi setakat ini hanya berdasarkan andaian semata mata, gagal mengenalpasti suspek yang bertanggungjawab.
Arwah adalah waris ambo.