PH dan Bersatu masih terajui Kedah







Kerajaan gabungan Pakatan Harapan campur Bersatu negeri Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini masih kekal menerajui tampuk pimpinan kerajaan negeri, walaupun pelbagai ura-ura timbul susulan pertemuan tertutup membabitkan pimpinan Pas dan UMNO. Pengerusi Parti Amanah Negara Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menjelaskan mana-mana ADUN daripada PH atau Bersatu di negeri itu yang ingin berubah angin mahu menyertai gabungan Perikatan Nasional perlu membuat kenyataan rasmi terlebih dahulu.


No comments: