DURIAN RUNTUH RM30 JUTA KKM TERUS DIPERSOAL







Kerajaan memberi kontrak peralatan perubatan kepada syarikat yang tidak dikenali yang bergiat dalam sektor hartanah. Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Dato' A. Kadir Jasin, syarikat itu sebagai perunding sahaja, yang tidak diketahui apa kepakarannya dalam bidang saintifik. Tindakan kerajaan tersebut, kata Kadir adalah meragukan, kerana terdapat banyak syarikat ternama dan teruji dalam bidang perubatan, kesihatan dan saintifik, termasuk milik GLC. "Mengapa tidak diberikan kepada mereka tetapi kepada syarikat yang tidak dikenali, tidak teruji dan bergiat dalam bidang yang tidak kena mengena dengan perubatan? Ini saja sudah cukup untuk mencetuskan keraguan. "Selalunya kerajaan mensyaratkan ada penyertaan Bumiputera sebelum sesebuah syarikat dipertimbangkan.

No comments: