PRK CHINI, BERSATU DIKETEPI.HANYA MN SAHAJA BAKAL DILETAKKAN



Walaupun tarikh PRK Dun Chini belum lagi ditetapkan, tetapi UMNO telah mula menampakkan keinginan untuk meninggalkan Bersatu dalam kempen pilihanraya tersebut.
Berdasarkan tweet Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, beliau menyebut, BN hanya akan bersama Muafakat Nasional atau MN dalam usaha mengekalkan kemenangan di Dun Chini itu.
MN adalah muafakat atau kerjasama politik antara UMNO dan Pas yang turut disokong oleh BN bagi mengjdapi pilihanraya akan datang.
Dengan itu, adalah jelas bahawa Perikatan Nasional atau PN yang menjadi kerajaan di mana Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin daripada Bersatu ada dalam gabungan itu tidak akan dilibatkan sama sekali dalam kempen PRK itu nanti.
Setelah sebelum ini Najib Razak mengatakan sokongan UMNO kepada PN hanya sehingga PRU15 saja dan kemudian Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan turut mengesahkan UMNO hanya mahu bekerjasama dengan Pas dalam MN dalam pilihanraya akan datang, PRK Chini nampaknya adalah permulaan UMNO dan Pas untuk mengenepikan Bersatu dan PN.
Kenapa Annuar tidak mengatakan PN yang akan bergabung tenaga untuk memenangi PKR Chini itu?
Mengapa hanya MN saja?
Jelas bahawa PN dan Bersatu tiada harga di mata UMNO dan BN walaupun mereka bersama dalam kerajaan sekarang ini.
Apa nasib Bersatu seterusnya jika hanya melalui MN saja kemenangan di Dun Chini sudah mampu dicapai dengan cemerlang?
PRK Dun Chini bakal diadakan berikutan kematian Adunnya, Abu Bakar Harun, baru-baru ini.
Dalam PRU14 lalu, Abu Bakar menang kerusi tersebut dengan majoriti 4,622 undi menewaskan Mohd Razali Ithnain (PKR) dan Mohd Fadzil Noor Abdul Karim daripada Pas. 

(ShahbudinHusin 12/05/2020)


No comments: