Ahmad Daniel
Apakah benar kejadian ini??
Menteri Pendidikan ambil masa 9 tahun untuk habiskan PHD? Kenapa?
Radzi Jidin mendaftar dalam program PhD pada tahun 2002. Dia hanya dapat menyelesaikan pembelajarannya pada tahun 2011.
Calon Australia rata-ratanya mengambil masa empat tahun untuk mengemukakan thesis malah calon luar negara biasanya menamatkan PhD dalam 3 atau 3 setengah tahun untuk memenuhi syarat institusi asalnya.
Dalam kes Radzi, dia diberi tiga tahun oleh USM untuk melakukannya di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera atau sesuatu yang berkaitan dengannya. Namun Radzi hanya selesai selepas 9 tahun.
Lebih teruk, walaupun telah menghabiskan pelajaran diperingkat PHD tapi, Radzi Jidin tidak layak menjadi pengajar atau pensyarah di IPTA atau IPTS di Malaysia?
Ehhh, PHD apa namanya tu? Ke beli jerrr? Ataupun Radzi Jidin hanya upah orang untuk selesaikan ‘thesis’ dia sepanjang tempoh PHD tu?
Dengarnya Radzi ada di sana, bersama pelajar, menghabiskan lebih banyak masa untuk menguruskan Kelab UMNO daripada menumpukan tanggungjawabnya kepada negara, iaitu menyelesaikan thesisnya dan berkhidmat di universiti asal setelah kembali.
Wowww… ini adalah satu pembaziran dana kerajaan. Wang yang kerajaan berikan sebagai biasiswa untuk pembelajaran disia-siakan sebaliknya Radzi lebih sibuk berpolitik.
Semasa di Universiti Nasional Australia (ANU) Radzi telah bekerja sambilan difahamkan untuk menyara keluarganya. Namun tidak berapa lama selepas itu, beliau kemudiannya berpindah ke University of New South Wales.
Biasanya, setelah calon menamatkan PhD, mereka akan mula mengeluarkan jurnal untuk meletakkan tanda sebagai kepakaran dalam bidang yang dipelajari. Dan selalunya usaha ini akan membawa calon dari satu tahap ke tahap yang lain sehinggalah kedudukan yang lama akhirnya terjamin.
Pada ketika ini, Doktor yang baik akan mula mengawasi pelajar PhD dan bergerak ke arah profesor. Tetapi Radzi mengambil masa 6 tahun lagi pada tahun 2017 untuk menerbitkan karya sulungnya.
Itupun Radzi bukanlah menerbitkan karya sebagai pengarang tunggal tetapi sebagai pengarang bersama dengan bekas penyelia. Ini adalah antara perkara yang berlaku apabila seseorang pelajar itu bijak tapi malas.
Tidak mungkin tawaran untuk menyumbangkan naskhah dalam buku itu datang dari Dr Monroe, bekas penyelianya.Jika bukan Dr Monroe adalah mentor Radzi, rasanya dia tidak akan menerbitkan apa-apa.
Tepat sebelum dia kembali ke Malaysia, dua lagi penulisan Radzi diterbitkan dengan namanya tertera. Tetapi dia hanya penulis ketiga dari 4- dan 5- artikel jurnal yang ditulis masing-masing.
Dalam bidang akademik, terutama dalam sains sosial, selepas penulis kedua, biasanya penulis berkenaan tidak banyak menyumbang kepada kandungan naskhah tersebut.
Pendek kata, Radzi hanya sumbangkan 20% sahaja dari seluruh kajian thesis tersebut. Itupun kalau cukup 20% hasil kerja dia, mungkin juga lagi kurang.
Setelah 20 tahun di Australia, Radzi Jidin hanya berjaya mencapai apa yang boleh dicapai oleh calon PhD di Malaysia dalam 3 atau 4 tahun.
Dan selepas 20 tahun itu, Adakah dia pulang untuk berkhidmat untuk negara?
Dengan rekod penerbitannya thesisnya yang sangat sendu, Radzi tidak akan layak menjadi pensyarah kanan di sebuah universiti di Malaysia.
Ya, dan inilah juga orang yang kini dipertanggungjawabkan terhadap masa depan anak-anak Malaysia.
Makna kata, sebagai seorang yang menghabiskan pelajaran di peringkat PHD hampir 20 tahun dan langsung tidak mempunyai naskhah jurnal sendiri. Adakah Radzi layak memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan?