Ketiadaan air menyebabkan 300 penduduk Kampung Jembal, Kota Bharu mencatu bekalan hingga ada yang tidak mandi, semata-mata mahu menjimatkan bekalan asas itu bagi keperluan penting. Situasi terbabit dialami penduduk sepanjang Ramadan ini yang menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan dengan baik. Penduduk mendakwa masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima tahun lalu, namun keadaan meruncing pada awal Ramadan apabila air kerap terputus hampir sepanjang masa.