BEZA KEHADIRAN USTAZ EBIT LEW KE NEGERI P.PINANG DAN KELANTAN



Apabila Us Ebit Lew menziarahi rumah fakir miskin di sebuah kawasan di negeri Serambi Mekah, beliau hanya mendapat kecaman dan sindiran dari pak lebai.  Beliau dikatakan tidak berakal dan sebagainya.  Begitu juga apabila pendakwah terkenal ini mengunjungi satu kawasan di bawah Dun Tg Lumpur, Kuantan di tempat ketua lebai Pahang, melalak melolong para walaun tegar di situ mengecamnya.  Masuk kawasan tak beri salam lah...macam-macam sindiran yang diterimanya.

Tetapi apabila Ustaz ini datang ke negeri P.Pinang, negeri Dap perintah, sikit pun KM P.Pinang tidak kata apa-apa bahkan YB Faiz Fadzil Noor, Adun Permatang Pasir (Amanah) dari kawasan yang dikunjungi oleh ustaz Ebit Lew telah menyambut dan mengiringinya.

YB Faiz Fadzil merasa seronok kerana tugas membantu rakyat bukan sahaja tanggungjawab wakil rakyat, tetapi turut dikongsi bersama oleh pendakwah. Beza pemikiran orang yang maju dengan tidak..



WFAUZDIN NS