BINGKISAN DARI NURUL IZZAH ANWAR

Salam hormat Saudara serta Saudariku,

Nurul Izzah (@n_izzah) | Twitter



Terima kasih kerana masih setia bersama KEADILAN di waktu kita diuji dengan seribu satu pengkhianatan. Ini tempoh sukar untuk kita, namun menjadi bukti susah senang biar bersama.

Adapun sesetengah orang memilih untuk berpihak kepada pengkhianatan, itu merupakan satu gambaran yang kita hanya selangkah ke daerah kejayaan.

Namun, belum waktunya untuk kita mengalah. Membujur lalu melintang patah. Kita pasti akan bangkit berjuang dengan lebih kuat.

InshaaAllah, selagi hayat dikandung badan,
selagi niat berbekalkan kemahuan untuk berkebajikan buat rakyat, walaupun dengan dana yang sedikit, tetapi yang tidak terpalit dengan rasuah.

Ayuh tetapkan hati kita untuk sama-sama terus berjuang menghadapi cabaran zaman untuk kini dan masa hadapan.

Ikhlas,

Nurul Izzah Anwar


No comments: