FREEDOM FILEM FEST-ADAKAH BENAR-BENAR MENDIDIK MASYARAKAT?




OLEH:Amiruddin Ahmad

Jika ditanya kepada siapa yang menyaksikan filem-filem yang di tayangkan oleh kumpulan KOMAS ini maka jawapannya ialah ya dan tidak.Ya ialah apabila melakukan cerita ini dalam bentuk filem agar dapat dijadikan sebagai satu bentuk penyampaian kepada masyarakat melalui filem.Walau kita boleh lihat banyak filem-filem terutamanya melalui internet,siaran you tube, namun filem ini diolah dan disusun dan diatur dengan baik untuk memudahkan kefahaman masyarakat apabila menonton filem-filem ini.2 dari file mini pernah saya siarkan dalam akhbar Suara keadilan terutamnya kisah dan gambar rakyat bertempur di Perak dan juga Kayuh apabila 3-4 buah basikal dibakar di Yayasan Aman Penanti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menurut pengarah KOMAS atau komunikasi untuk masyarakat dan kemanusiaan Saudara Jo Hann Ann, tujuan KOMAS ialah untuk memeberikan satu kelainan , iaitu menyampaikan maklumat yang berlaku di peringkat dalam negara dan luar negara mengenai isu-isu kemanusiaan dan hak asaasi manusia untuk di perbincangkan dengan baik dikalangan masyarakat dan juga sebagai satu bentuk penyampaian maklumat agar ianya dapat di perjelaskan kepada orang ramai akan sesuatu isu yang berbangkit dalam negara terutamanya.


“Namun dalam masa yang sama juga berlakunya salah tanggap dimana pihak berkuasa merasa curiga dengan kami, kerana filem-filem ini adakalanya menyentuh pihak tertentu dan bersikap lebih terbuka.” Jelas Jo Hann lagi.


Kita boleh memberikan filem –filem ini sebagai baik dan memuaskan terutamanya 3 buah filem-filem yang memenangi anugerah filem rakyat yang ditanyangkan ini dalam bentuk rencana dengan fakta misalnya filem No Silver lining:The Perak crisis,karya The-plotted 2009/20 minit yang memenangi FFF2009 Justin Louis Award.Namun Krisis yang digambarkan terutamanya krisis yang berlaku harus di panjangkan sedikit terutamanya di hadapan masjid Ubudiah dimana disinilah kuasa rakyat digambarkan sebagai tidak pernah terjadi sebelum ini apabila rakyat benar-benar bertempur dengan pihak berkuasa secara berdepan dan rakyat begitu berani ketika ini.

Filem Al fatehah untuk Memali karya Rahmat Haron pula adalah pertemuan dengan saksi-saksi yang masih berada ,sahabat,isteri dan juga rakan kampong di Memali dimana Sdr Black Amin Iskandar menemubual saksi-saksi kejadian Memali.Filem ini juga mendapat anugerah FFF2009 Justin Louis Award.





Manakala Filem ke 3 pula ialah filem Kayuh , karya Soh Sook Hwa dengan membawa 6 mesej utama untuk dihantar ke Parlimen .Antara mesej ialah perumahan selesa untuk rakyat dan juga pekerja ladang, hapuskan ISA,kawal harga barang,hentikan penswastaan,gubal akta gaji minima,pulihkan pilihanraya masjlis tempatan.

Sayangnya kes dan kejadian basikal di baker di Yayasan Aman tidak sempat dirakam kerana menurut maklumat dari pihak penganjur mereka kehabisan bateri di ketika itu ,namun hanya ada gambar-gambar dari kemera yang ada.ini antara cabaran paling teruk dihadapi pengayuh.

Kes ini dilihat sebagai satu kes yang agak melucukan apabila para pengayuh di saman,termasuk penganjur,juga 150 pemeriksaan dan sekatan polis sepanjang kempen Kayuh ini.ianya dapat menarik minat dan simpati masyarakat terhadap kempen yang dianjurkan ini.


Namun ada juga filem-filem yang menimbulkan perdebatan yang hebat jika di lakukan secara terbuka dan jika ramai yang mau menontonnya ,misalnya JIHAD FOR LOVE ,arahan Parves Sharma, warga Pakistan dimana di kisahkan bagaimana seorang imam di Afrika selatan yang mempunyai anak, namun seorang homoseksual.dan dalam satu perdebatan, beliau dikatakan menggunakan fikiran dan andaian sendiri menyalahkan takdir yang di tempuhi beliau dan jika disalah tafsirkan ianya boleh membawa kepada murtad.namun beliau menjelaskan bahawa Jihad yang beliau lakukan keatas diri beliau adalah jihad untuk mengawal nafsu ,namun masih belum berjaya.Disinilah ada sedikit keraguan apabila beliau mempersoalkan takdir Tuhan ini.

Imam tersebut juga jelas telah di pecat,dan dalam satu perdebatan dengan salah seorang alim ulama yang didatangkan khas untuk kes beliau , jelas imam ini mempersoalkan bahawa beliau berusaha dengan berpuasa,80 hari setahun,bersembahyang, namun sikap beliau tidak diubah oleh Tuhan menjadi normal,dimana sejak berumur 15 tahun beliau mula merasa kelainan apabila minat kepada kaum sejenis.Penjelasan dari ulama tersebut ialah manusia tidak boleh memutuskan hokum berdasarkan kepentingan peribadi kerana Quran adalah jelas sebagai petunjuk untuk umat islam.

Juga kisah lesbian yang dipaparkan.Filem ini harus ditayang dengan berhati-hati kerana ianya melibatkan agama islam yang sepatutnya di perhalusi lagi bagi mengelak ianya di manipulasi oleh pihak yang tidak faham apa itu agama islam yang bersifat universal.ianya seolah-olah mengaitkan agama dan juga kejadian alam yang berlaku keatas manusia sebagai ditentukan Tuhan dan Tuhan tidak mahu merubah seseorang itu?

Ini akan menimbulkan tanggapan negative keatas agama islam itu sendiri apabila hokum akal digunakan dalam kes lesbian dan juga homoseksual dan seolah oleh lesbian dan juga homo ini dikalangan umat islam adalah sesuatu yang dianggap sebagai luar biasa.Ada kaedah –kaedah rohani yang boleh dilaksanakan jika dilakukan dengan sempurna.namun ianya sesuai ditonton dan di perbincangkan dengan lebih terbuka berkaitan hokum keatas golongan ini.

Cerita lain bersifat dokumentari dan juga pendedahan mengenai kaum Penan di Sarawak ,Akhan di Utara Thailand .keduanya hapir sama , malah jika dilihat dalam kes kaum Akhan pula ianya mengenai mubaligh Kristian yang berusaha mengkristiankan kaum pribumi ini dengan memberikan makanan dan pakaian dan anak-anak kecil pula di manipulasikan untuk kepentingan para pemodal, dan bagaimana pemodenan akhirnya merosakkan alam sekitar dan akhirnya golongan ini terpaksa menerima perubahan.

Kisah ini memaparkan bagaimana seorang warga Sweden Tomas Ryska yang akhirnya mendapat geran dari United Nation bagi meneruskan pengajian dan juga kajian beliau keatas penduduk pribumi Thailand dan filem ini agak menarik kerana adanya unsur cemas apabila beliau di kejar oleh pihak berkuasa yang rasuah untuk mengelakkan filem dokumentari ini dari di sebarkan.

Pada umumnya festival filem ini patut di perluaskan lagi ke Bandar-bandar si seluruh negara kerana ianya dapat memberikan pendidikan dari segi kemanusiaan dan juga menjadi satu bentuk penyampaian pengetahan melalui medium baru iaitu filem dekumentari yang agak bebas dari suntingan dan juga membicarakan sesuatu isu untuk kefa

No comments: