KELAB PENYOKONG PAS AKAN DIBERI PERANAN LEBIH BESAR




(KIRI) Sdr Vellu Ketua pemuda kelab penyokong PAS Cawangan Pokok Machang(Kanan) S.Ramis Ketua Cawangan kelab Penyokong PAS cawangan.beliau mendakwa mempunyai 80 ahli di cawangan Pokok Machang Tasek gelugor.








OLEH:Amiruddin Ahmad

TASEK GELUGOR-Satu Majlis menyampaikan bantuan kepada golongan miskin kaum India telah di adakan di cawanagn Pokok Machang baru-baru ini.Majlis penyampaian bantuan ini di sampaikan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan ahli parlimen Parit Buntar merangkap lajnah hubungan antara bangsa dan kaum ,juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat.Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Cawangan Pokak Machang saudara Ramis A/l Subramaniam,Sdr Fahmi Ahli Majlis gama Islam dan juga Setiausaha Pemuda PAS merangkap hubungan antara bangsa Tasek Gelugor Saudara Zamri.

Dalam ucapan yang disampaikan, Dr Mujahid menjelaskan bahawa PAS mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menyampaiakan bantuan kepada golongan miskin kerana memang itu dasar parti kerana adalah perlu golongan yang terbiar harus diraikan. Seramai 25 orang kaum India menerima bantuan berupa beras dan juga keperluan dapur lain.

Beliau juga menjelaskan bahawa semasa berada di Bagan Pinang , kelab penyokong PAS memainkan peranan penting dalam usaha memenangkan PAS.Malah menurut YB Dr Mujahid lagi ,Umno menjanjikan mereka, kaum India wang apabila memberikan wang kepada pengundi di kawasan estet di Bagan Pinang.

“Malah PAS berjaya menubuhkan pondok panas di dalam kawasan Estet atas usaha ahli-ahli dan kelab penyokong PAS dari kaum India, dan usaha mereka nampaknya lebih hebat dari ahli PAS sendiri terutamanya di kawasan Estet”, demikian jelas beliau dan diberi tepukan gemuruh dari kaum India yang hadir.

“Pendekatan PAS bukan kerana duit, akan tetapi pendekatan PAS adalah sokongan dan harapan agar semua kaum didalam negara bersatu.Kita mahukan sokongan kepada PAS bukan kerana wang.wang boleh habis dan diketika itu jika kita tdak wang ,sokongan kepada kita akan berakhir kerana wang”, demikian jelas YB Mujahid lagi.

Beliau juga memberikan peringatan dan amaran kepada mana-mana parti yang terus menerus mengamalkan fahaman sempit dan menjadi agen dan menindas kaum lain sebagaimana yang terjadi di Selangor ini , bahawa itu bukan aamalan Islam, malah kami islam menghormati agama lain, jika kita menghina agama lain ,agama kita juga akan di hina.Umno telah lama tidak menyelesaikan masaalah di Shah Alam .Bila Pakatan menang , kita mahu mencari jalan dan pindah dan menyelesaikan masalah dan kita memberi alernatif,yang menimbulkan masalah ialah Umno yang menjadikan isu tersebut sebagai sentimen agama dan kerana itu kita kena tolak politik sebegini.

Menurut Dr Mujahid lagi ,Kelab penyokong PAS mempunyai keahlian seramai 20,000 ribu orang dan ini adalah salah satu perkembangan yang baik.Kita juga akan membawa isu untuk menjadikan kelab penyokong PAS sebagai satu sayap parti , dimana ianya juga mempunyai perlembagaan sendiri.Isu ini akan dibawa kepringkatpusat untuk dibincangkan dan kemungkinan dalam masa terdekat atau semasa muktamar akan datang ,jelas Yb Mujahid lagi.

Ditanya berhubung dengan perlantikan Pengerusi Majlis Agama Islama Pulau Pinang yang mana Ustaz Ellias Zakaria bekas Pengarah Pusat Islam USM di perkenan sebagai YDP majlis Agama Islam menggantikan Yb Shahbudin, beliau menjelaskan bahawa pada dasarnya memang kita bersetuju,namun selagi belum ada kertas lantikan kita tidak mahu mengulas berkaitan isu tersebut.

Isu YDP Majlis Agama Islam Pulaua Pinang timbul apabila dalam kempen piliharaya baru-baru ini , Pakatan Rakyat telah menjanjikan kedudukan YDP Majlis Agama Islam akan diberikan kepada calon PAS YB ustas Salleh Man atas kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Namun apabila isu ini tidak diselesaikan akibat Yb Shahbudin dari Umno di sambung kontrak setahun lagi dan berakhir hingga tahun ini, isu ini dibangkitkan semula.

Menurut YB Dr Mujahid “ Atas kepentingan Pakatan , isu ini akan dibincangkan di peringkat pusat untuk perkenan Yang Di Pertuan Agong.Ianya menjadi sebegini apabila kita mengganggap bahawa apabila isu Shahbudin tidak melepaskan jawatan, kita ingatkan pelantikan Elyas Zakaria selesai sehingga di situ, Pada ketika itu bekas TKM1 Pulau Pinang Mohd Fairus menjadi Timbalan Ketua Menteri.Kini apablla timbul semula isu tersebut, dancdengan perkenan tuanku, kita Cuma akan mengambil langkah jika adanya pandangan diplomasi dipihak ke Bawah Duli Tuanku, kita akan bertemu dan berbincang,Jika tidak, kita akur atas kesetiaan kita kepada ke bawah Duli Tuanku”.

No comments: