Upacara Kalungan Bunga Di Makam Ataturk, Ini Penjelasan PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

ISTANBUL, 8 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir, sebenarnya merupakan sebahagian daripada protokol rasmi yang perlu dihormati kepada setiap ketua kerajaan yang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Menurut Anwar, pelaksanaan upacara tersebut tidak membawa sebarang mesej politik, meskipun secara peribadi beliau tidak sependapat dengan beberapa dasar dan tindakan Ataturk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Malah ketika sidang media pada hari terakhir lawatan rasmi yang berakhir hari ini, beliau tidak bersetuju dengan beberapa keputusan dan dasar Ataturk yang berkaitan dengan Islam, termasuk isu perubahan bahasa azan, tulisan serta aspek pentadbiran.

Anwar berkata, kekeliruan serta kritikan yang timbul dalam kalangan segelintir pihak di Malaysia berhubung perkara itu berpunca daripada kurangnya pemahaman terhadap latar sejarah serta konteks zaman tokoh berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

“Saya rasa tidak ramai yang benar-benar memahami perkara ini. Hakikatnya, semua ketua negara atau kerajaan yang melakukan kunjungan rasmi ke Turkiye diwajibkan mengikuti upacara tersebut,” katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye bermula 6 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penilaian terhadap Ataturk perlu dilihat berdasarkan realiti sejarah awal abad ke-20, khususnya selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah susulan Perang Dunia Pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Beliau menjelaskan, pada ketika itu, kuasa-kuasa bersekutu seperti Greece, Britain dan Perancis berusaha memecah-belahkan wilayah Uthmaniyah melalui perjanjian yang dimeterai pada 1920 dan 1923.

“Usaha ini bertujuan melemahkan dan menghapuskan empayar tersebut. Dalam keadaan itu, Mustafa Kemal memimpin gerakan ketenteraan yang berjaya menangkis pencerobohan dan mengalahkan beberapa kuasa penjajah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, Anwar berkata, masyarakat Turkiye melihat Ataturk sebagai tokoh yang mempertahankan tanah air mereka daripada dijadikan wilayah jajahan Eropah dan persepsi inilah yang membentuk penghormatan tinggi negara itu terhadapnya hingga ke hari ini.



No comments: