PAS ADA 4 LORI. TAK KAN NAK CARI PENGERUSI ON TAK DAK SEKOQ PUN. KA... PN MEMANG NAK BUNGKUIH HABIS.

 


TAK SUSAH NAK CARI PENGERUSI PN GANTI MUHYIDDIN


1.  Sebenarnya urusan mencari pengganti Muhyiddin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional ini mudah sahaja.


2.  Muhyiddin sudah menawarkan untuk meletak jawatan. Sekiranya diterima dalam mesyuarat MT PN, maka sahlah perletakan jawatan itu.


3.  Saya secara peribadi berpandangan bahawa PAS layak menerajui PN kerana PAS ialah parti terbesar dalam PN dan mempunyai paling banyak kerusi, baik di parlimen mahupun dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. 


4.  Sekiranya kelayakan PAS itu dipersetujui semua, maka penggantian Muhyiddin tidak menjadi masalah langsung. Kerana mana-mana pemimpin PAS yang dinamakan oleh PAS sendiri seharusnya diterima oleh semua. 


5.  Bagaimanapun ada dua komplikasi yang boleh dilihat. 


6.  Komplikasi pertama ialah perkara penting yang mesti dirungkaikan secara objektif. Ia berkait dengan mandat yang diberikan kepada GERAKAN dan MIPP untuk mencari undi bukan Melayu untuk PN.


7. Saya dimaklumkan bahawa wujud kebimbangan di kalangan GERAKAN dan MIPP bahawa mereka tidak akan dapat menunaikan mandat mencari undi bukan Melayu sekiranya PAS memimpin PN, kerana kemungkinan imej PN di mata rakyat akan berubah jika PAS menjadi Pengerusinya. Benar, sebelum ini ada persoalan mengenai kemampuan dua parti itu menggalas amanah yang diberikan. Tetapi jika imej PN itu sendiri tidak membantu, maka ia seolah-olah kaki dan tangan dua parti ini sengaja diikat.


8.  Untuk menyelesaikan komplikasi pertama, ada pihak mencadangkan agar Dato Seri Hamzah Zainudin dilantik menjadi Pengerusi. Hujah mereka ialah jika sebelum ini PAS boleh mencadangkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, maka tidak ada masalah jika sekali lagi PAS juga mencadangkan Hamzah sebagai Pengerusi PN. Yang penting, calon itu mestilah dinamakan oleh PAS. Bagi saya, jika bukan Hamzah, maka Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pun adalah nama yang disebut-sebut oleh ramai pihak. 


9.  Sekiranya PAS mencadangkan nama Hamzah, kemungkinan besar GERAKAN dan MIPP boleh bersetuju. Sekiranya PAS mencadangkan Ahmad Samsuri, perbincangan mengenai imej tetap perlu dirungkaikan dengan harmoni.


10.  Tetapi jika Hamzah dicalonkan, maka itu membawa kepada komplikasi kedua. Komplikasi kedua ini adalah komplikasi yang dibuat-buat, bukan komplikasi sebenar. Komplikasi kedua ini berpunca dari niat busuk dan hasad dengki penjilat Muhyiddin.


11. Komplikasi kedua itu ialah dalam BERSATU hari ini ada gerakan penjilat-penjilat Muhyiddin yang berhempas pulas mahu menyekat Hamzah. 


12. Mereka mewujudkan pelbagai alasan asalkan Hamzah dihalang. Contohnya, mereka meletakkan syarat bahawa Pengerusi PN tak boleh orang selain Presiden parti. Ada juga yang meletakkan syarat bahawa mana-mana pemimpin BERSATU tak boleh mengambil apa-apa jawatan dalam PN. Semua ini bertujuan mengikat tangan PAS dan Hamzah. 


13.  Malahan, sejak beberapa hari kebelakangan ini, penjilat-penjilat Muhyiddin juga menyerang Ahmad Samsuri melalui media sosial untuk mewujudkan keraguan terhadap beliau. 


14.  Komplikasi kedua ini adalah komplikasi palsu yang sengaja dicipta oleh penjilat Muhyiddin yang memang mahu menyusahkan PN bergerak ke hadapan.


15. Sekiranya syarat-syarat yang sengaja mahu menyusahkan ini dibawa ke meja mesyuarat, maka nyatalah bahawa bagi Muhyiddin dan penjilatnya, matlamat mereka ialah jika Muhyiddin tak jadi ketua, biarlah PN itu lemah, hancur dan lingkup. 


16. Apabila PN lemah, lebih mudah pasangan dua sejoli Muhyiddin-Azmin membawa BERSATU kepada Pakatan Harapan.


WAN SAIFUL WAN JAN

Ahli Parlimen Tasek Gelugor

Pulau Pinang.



No comments: