Orang naik ke bulan, pakai kereta lembu. Tiada idea cari hasil negeri,
Pulau Pinang diungkitnya.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia selepas merdeka, seorang Menteri
Besar Kedah mengungkit dan menuntut Pulau Pinang. Ini MB paling ‘koman’ dalam
sejarah pentadbiran Kedah.
Pulau Pinang bukan milik Kedah pada masa ini
(fakta boleh Google), walaupun secara sejarah ia memang berasal daripada
Telah kerajaan jelaskan fakta-fakta mengenai
sejarah Pulau Pinang berulang kali tetapi berulang kali Sanusi mengungkit.
Isunya sekarang kenapa ia berlaku?
Adakah Sanusi sebodoh itu tidak membaca fakta
sejarah dan proses perundangan? Tidak. Tetapi dia tahu penyokongnya yang mudah
diperbodohkan seperti katanya sendiri ‘Hang bodoh’.
Sanusi membangkitkan tuntutan hanya untuk tujuan
emosi politik. Dia tahu isu ini boleh menaikkan emosi sentimen emosi orang
Kedah.
Seperti saya ulas mengenai strategi politik,
kempen menggunakan sentuhan ‘emosi’ adalah strategi yang paling berkesan.
Dengan menyentuh emosi orang Melayu ia sangat
berkesan untuk mengukuhkan sokongan politik dan menonjolkan dirinya (Sanusi)
dengan imej kononnya “memperjuangkan hak Kedah.”
Dalam politik isu ini digunakan untuk mobilisasi
sokongan sahaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan tentang Sanusi. Dia hanya
kerap main isu retorik seperti sejarah Pulau Pinang yang diulang berkali-kali
berbanding dasar ekonomi konkrit.
Bak kata oangg Kedah begitu banyak projek-projek
yang dijanjikannya gagal. Bila gagal mudah sahaja jawapannya, “ Saya tukang
baca sahaja”
Saya pula melihat beliau lebih kuat berpolitik
daripada mentadbir. Itulah perangai liciknya Sanusi untuk mengalihkan isu
kegagalan hampir 10 tahun menguruskan negeri Kedah.
Pentadbiran Sanusi hanya kuat dari segi retorik
dan politik tetapi sangat lemah dalam pelaksanaan projek ekonomi dan keperluan
asas untuk rakyat Kedah atau rakyat ‘walaun’.
Rakyat Kedah masih sokong beliau bukan kerana
projek berjaya tetapi kerana sentimen dan identiti politik. Sungguh saya kesian
dengan rakyat Kedah mudah sangT dikotak katikkan dengan isu Pulau Pinang.
Bagus Sanusi ini dilantik menjadi Menteri
Tuntutan Tanah Melayu. Suruh dia tuntut sekali Pattani, Yala, Singapura, Pulau
Batu Puteh dan lain-lain.
Bak kata JS Kevin, “ Orang naik ke bulan, (kamu
masih) pakai kereta lembu.” Move on tiada faedah kamu mengungkit perkara yang
tidak menguntungkan rakyat Kedah.
No comments:
Post a Comment