Vietnam Muncul Raja Baharu Durian China, Malaysia & Thailand Tertekan







Takhta durian di pasaran China sedang berubah tangan. Jika sebelum ini Malaysia dan Thailand mendominasi, kini Vietnam muncul sebagai kuasa baharu yang semakin sukar dicabar.


Dalam tempoh hanya tiga tahun, Vietnam berjaya menguasai lebih 47% permintaan durian China, satu lonjakan besar yang meletakkan tekanan hebat kepada pemain tradisional Asia Tenggara. Tahun ini sahaja, Vietnam menyasarkan nilai eksport durian mencecah AS$5 bilion.


Kunci kejayaan Vietnam terletak pada logistik darat yang pantas dan murah. Penghantaran durian ke China hanya mengambil masa sekitar 36 jam, jauh lebih cepat dan menjimatkan kos berbanding penghantaran dari Malaysia dan Thailand.


Kesan langsungnya, pegangan pasaran Thailand merosot daripada sekitar 70% sebelum ini kepada kira-kira 50% ketika ini. Tekanan bertambah apabila Malaysia mendapat kelulusan mengeksport durian segar ke China pada Jun 2024.


Walaupun jumlah bekalan Malaysia lebih kecil berbanding Vietnam, durian premium Malaysia kekal menjadi pilihan pengguna China yang mementingkan kualiti. Persaingan kini bukan lagi soal kuantiti semata-mata, tetapi siapa paling cekap, pantas dan strategik menawan selera pasaran terbesar dunia itu.



No comments: