Ada orang bertanya pandangan aku bila KJ katakan dia mahu menjadi
Presiden UMNO dan PM suatu hari nanti. Ulasan aku mudah. Memang dari awal KJ
libatkan diri dalam politik pun aku dah nampak memang dia bercita-cita nak jadi
PM.
Persoalannya, layakkah dia?
Sejujurnya, selepas PRU14, ketika KJ bertanding menentang Zahid untuk
jawatan Presiden UMNO, aku cukup risau kalau KJ menang. Sebab aku yakin KJ
berkemampuan untuk bawa UMNO kembali ke landasan sebenarnya kalau dia memimpin
UMNO.
KJ ada akal. Orangnya berstrategi. Dan dia pandai ambil hati
rakyat. Tengok cara dia uruskan vaksin. Walaupun dasar yang sama, tapi cara
penerimaan rakyat berbeza. Masih ada yang menentang tapi lebih ramai yang
semakin terbuka.
KJ juga telah cipta nama di peringkat antarabangsa sebagai
Menteri Kesihatan. Mudah kata, dia checks all the boxes. Malah tak salah kalau
aku kata dalam UMNO pada masa ini, KJ satu-satunya pemimpin yang layak untuk
jadi Perdana Menteri.
Persoalan kedua, akan berjayakah dia?
Untuk ini, walau aku kata KJ ada segala ciri yang perlu untuk
jadi PM, tapi peluangnya sangat tipis selagi dia bersama UMNO. Sebab dalam UMNO
budaya rasuah dan bodek dah terlalu sebati. Siapa sanggup keluar duit, maka
dialah yang akan dipilih oleh perwakilan.
UMNO tak pilih pemimpin berdasarkan kebolehan. Itu bukan budaya
UMNO. Jadi dalam UMNO, KJ ini bersendirian. KJ dilihat sebagai menentang arus.
Dan bila KJ umumkan hasrat untuk jadi Presiden UMNO dan PM, rasanya kerjaya
politiknya akan jadi semakin pendek
Sebab itu memang cara UMNO, yang disemai oleh Mahathir, untuk
mencantas sesiapa sahaja yang dilihat boleh mengancam kedudukan presiden. Sama
seperti yang terjadi kepada DS Anwar dan Tun Musa Hitam. Jadi impian KJ untuk
jadi PM amat kelam. Mungkin akan kekal sebagai impian.
Kecuali kalau KJ buat satu daripada 2 perkara ini.
Pertama, dia terpaksa itu rentak pemimpin UMNO yang ada
sekarang. Jadi kaki jilat, bodek presiden dan bodohkan diri agar dia tidak lagi
akan dilihat sebagai ancaman. Kemudian dia boleh teruskan mendaki hirarki
dengan selamat. Cumanya kena jadi bodoh macam pemimpin UMNO yang lain.
Atau kedua, KJ kena gerakkan perubahan dari akar umbi. Bermakna,
KJ kena bina kemnya sendiri dari kalangan orang muda. Kem KJ kena ambil alih
pentadbiran di setiap cawangan dan bahagian yang mana akan menjadi perwakilan
dalam pemilihan akan datang.
Begitu barulah KJ ada sedikit peluang untuk jadi Presiden. Dah
jadi presiden baru peluang untuk jadi PM akan wujud. Tapi untuk bina kemnya
sendiri, KJ mungkin kena hulur rasuah juga. Kalau tak rasuah, siapa nak masuk
kem KJ? Nak buat macamana dah memang budaya UMNO begitu.
Dan satu lagi, takutnya bila KJ dah jadi presiden UMNO pun
nanti, tetap tak jadi PM juga. Setakat dapat jadi Ketua Pembangkang je. Iyalah,
masa tu UMNO tinggal nyawa nyawa ikan je. Silap-silap jadi Ketua Pembangkang
pun tak layak. Dah kalau cuma mampu menang 10 kerusi je nanti.
Tapi secara jujurnya, kalau KJ jadi presiden UMNO, ditakdir PH
memerintah dan PH juga bobrok seperti UMNO sekarang, tak mustahil aku akan
berpaling kepada UMNO (bawah pimpinan KJ) untuk lawan PH masa tu. Guane boh?