COUP D’ETAT

 

COUP D’ETAT

[KUDETA]

1. Hari ni kita belajar politik dalam bahasa Perancis. Coup d’Etat. Bunyinya, kalau tuan puan nak sebut ialah “KU-DE-TA”. Apa ke benda tu? Dalam bahasa Perancis “Etat” tu ialah negeri atau a State. Kalau tanya orang politik, coup d‘etat bermaksud “Stroke of State”.

2. Kudeta senang cerita, dalam bahasa kita ialah “rampasan kuasa”. Cerita paling famous rampasan kuasa di Perancis ialah mengenai Napoleon Bonaparte. Panglima Perang yang berjaya menjadi Mahajara Perancis melalui rampasan kuasa pada tahun 1799. Dia rampas kuasa melalui propaganda dan kuasa tentera. Ia mercu tanda Revolusi Perancis yang berjaya.

3. Itu cerita di Perancis zaman dulu kala. Di Malaysia lain cerita. Takyah kudeta, Kerajaan boleh bertukar tangan. Cuma perlu tabur jawatan, yang kalah boleh jadi Kerajaan. Lepas tu geng2 sama sendiri sama2 jatuhkan. Sambil tu, suruh kita bersyukur “Malaysia masih aman”.

4. Sekarang, little bird dah warning saya. Akan ada kudeta. Bukan dalam Kerajaan, tapi dalam suatu Parti. Parti ini ada seorang diktator yang memerintah. Suka hati dia nak buat apa. Dibuang segala warlord yang melawan dia, saingannya yang lebih muda ditempatkan di tempat confirm kalah. Sekarang berdua ni dah bergaduh secara terbuka. Saya tak paham bab kestabilan tu celah mana? Kalau parti sendiri pun ini rupa.

5. Dalam parti dah pecah 2. Satu geng diktator, satu geng yang lawan dia. Makin lama makin teruk perpecahan ini. Ramai tak puas hati. Takut miss chance nak menang PRU nanti.

6. Ada kata lepas PRU, kalau menang mereka nak buang diktator itu. Saya hanya boleh tersenyum. Kalau nak buang diktator patutnya sekarang, bukannya lepas menang.

7. Kalau dah menang nanti, siapa yang boleh claim kredit? Semua calon dia yang bagi watikah, strategi pilihanraya dia yang buat. Kalau parti menang, dia la panglimanya. Ingat akar umbi nak terima, kalau warlord nak campak dia? Parti ini pula budayanya feudal. Susah saya rasa.

8. Saya percaya kudeta selepas pilihanraya takkan berjaya. Malah akan kuatkan kuasa dia pula. The only way, untuk purge diktator ni kalau parti kalah. Semua boleh salahkan dia. Akar umbi akan buka mata. Dia bukanlah pemimpin seperti yang disangka. Senang orang lain ambik alih pula.

9. Oleh itu, betullah pegangan kebanyakan kita, kalau nak parti ni berubah, mereka perlu kalah. Bila kalah saja mereka boleh cuci parti. Ada masa nak kuat kembali.

10. ABU untuk PRU15 bukan untuk menolak parti ini secara total sampai bila2. Kita bagi mereka peluang untuk muhasabah. Tiada parti yang boleh kekal memerintah. Adakalanya boleh try jadi pembangkang juga. Boleh jadi pemimpin all rounder. Itu demokrasi yang berjaya.

11. Sebagai pengundi, kita pun boleh buat kudeta. Tak perlu guna kekerasan nak tukar kerajaan. Hanya guna satu jari sahaja. Dengan mengundi, kita boleh betulkan negara.

12. Pilihlah lesser evil antara mereka. Cuma yang perlu rehat dulu, rehatkanlah sepenggal dua. Biar mereka merasa. Hilang kuasa itu perkara normal. Boleh cuba lagi lain masa.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: