KEH..KEH..KEH...MACAM NI LA ORANG KATA TAK BOLEH AJAR- DIA SAMAN DIA BAYAR SAMAN- BILA KATA PONTENG PARLIMEN DIA KATA BUKAN SEKOLAH- JADI DUTA DOK DI MARANG..KAH..KAH..KAH....WOIIII...DUNIA KEBODOHAN NAK TERBALIK....

 

Dakwaan kerap ‘ponteng’ Dewan Rakyat, Hadi kata Parlimen bukan sekolah




Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata beliau juga mahu memberi peluang kepada Ahli Parlimen muda partinya terlibat dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi alasan jarang hadir ke sidang Dewan Rakyat kerana mahu memberi peluang kepada golongan muda daripada partinya berbahas, selain beliau sendiri ada melakukan “tugas-tugas khas lain”, selain menjadi Ahli Parlimen.

Katanya, Ahli Parlimen muda PAS perlu diberi peluang terlibat dalam sesi perbahasan kerana setiap parti mempunyai kuota kehadiran masing-masing.

“Saya ditugaskan bukan sahaja di Parlimen, tapi ada tugas-tugas khas. Datang ke Parlimen ini bukan macam hadir ke sekolah, menteri-menteri pun lepas habis jawab soalan kembali menjalankan tugas.

“Saya sudah lama di Parlimen, banyak sesi saya terlibat… berhujah… dan kini saya beri peluang kepada Ahli Parlimen generasi baharu untuk terlibat dalam perbahasan,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata, isu kehadiran ke sidang Dewan Rakyat dimainkan pihak lawan ketika kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak langsung menjejaskannya.

Pada PRU14, Hadi yang bertanding di Parlimen Marang menang dengan majoriti 21,954. Pada PRU15, beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di kawasan Parlimen sama.

Hadi memegang jawatan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah semasa pentadbiran kerajaan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, pada 2 Apr 2020.

No comments: