Sudah menjadi adat, penyandang jawatan utama dalam parti pasti
akan bertanding di kerusi yang dianggap selamat kerana mereka mahu ada dalam
kerajaan seandainya parti mereka menang.
Contohnya Timbalan Presiden UMNO. Selama ini bertanding di DUN.
Bila nak tanding parlimen, terus pilih Rembau. Kenapa? Sebab Rembau kerusi yang
selamat buat UMNO. KJ boleh cari tempat lain.
Begitu juga Najib. Mewarisi kerusi arwah ayahnya. Sekarang Najib
dah jadi banduan, anaknya pula nak bertanding di Parlimen Pekan. Hadi sendiri
pun tak berani nak bertanding selain dari di Marang.
Tapi tidak bagi DS Anwar. Beliau tak pernah takut nak berdepan
dengan sesiapa, di parlimen mana sekalipun. Dari Permatang Pauh ke Port
Dickson. Dan kali ini, mungkin di Ampang atau Gombak.
Beliau sendiri memilih untuk berdepan dengan para pengkhianat.
Sedikit pun tak risau walaupun yang bakal dihadapi nanti seorang menteri. Yang
penting para pengkhianat ini perlu diberikan pengajaran.
Rasanya Zahid berani tak nak lawan Mahiaddin di Pagoh? Hadi
berani tak berdepan dengan Abg. Mat di Bukit Raja? Jangan haraplah. Cabar orang
lain bertanding di kerusi dia beranilah.
DS Anwar ini baru betul pendekar. Tak payah beliau nak melaung
macam seorang tu konon pendekar Bugis. Tapi penakutnya Na'uzubillah.
Tindakannya jelas mencerminkan siapa DS Anwar sebenarnya.
Tapi aku tak fikir akan berlaku pertembungan antara DS Anwar
dengan Azmin atau Zuraida. Aku berani kata dua ekor pengkhianat itu pasti awal-awal
lagi akan pilih tempat lain yang mereka rasa selamat.
Mungkin nanti Azmin umumkan tempat bertanding akhir sekali. Atau
mungkin juga hari pencalonan baru tahu di mana dia bertanding. Sebab takut DS
Anwar ikut dia. Dasar pengecut, begitulah.
Pemimpin seberani DS Anwar adalah apa yang kita perlukan untuk
mengangkat negara ini semula di persada dunia setelah dimalukan akibat
perbuatan jahat dan keji Najib Razak yang ketahui umum.
Sungguh aku sendiri tak menyangka DS Anwar akan ambil tindakan
begini. Tapi aku bangga dan sokong serta memberikan aku keyakinan yang aku
telah memilih pemimpin yang tepat. Guane boh?