Datuk Zaharin Dipecat Akan Bersama Dengan PH Untuk Kempen PRU15?



UMNO AKAN TERUS TENGGELAM KATA ZAHARIN

Kira-kira 14 jam sebelum MT Umno bermesyuarat malam tadi di sebelah paginya saya terjumpa sdr Zaharin Mohd Yassin di sebuah kedai mamak kesukaanya, di Seri Ramapai. Kami sempat minum bersama dan saya mengambil kesempatan meninjau pendapatnya berhubung hasil dan tujuan mesyuarat MT Umno malam nanti.

Selamba beliau menjelaskan mesyuuarat itu akan mendesak untuk memecat tiga pemimpin Umno, Ismail Sabri Yaakob, Annuar Musa dan Shiahdan Kassim. Saya tidak memberi reaksi lanjut dan percaya kepada apa yang dilapazkan Zaharin sebab dia mempunyai konteks rapat dengan pemimpin Umno.

Dan pagi ini setelah buka media sosial, berita pertama yang terbaca ialah mengenai pemecatan beliau daripada menjadi ahli Umno. Apa yang diketahuin itu agak bertentangan dengan apa yang beliau nyatakan pagi semalam. Mengejutkan.

Dalam keanyataan ringkas dengan pemecatan itu Zaharin memberi tahu dia tidak mengalami apa-apa kerugian.l Sebagai ahli Umno di zaman British beliau tetapi dengan cara dan prinsipnya. Beliau akan mengkritik para pemimpin Umno yang korup dan prinsip perjuangan untuk Melayu akan diteruskan.

Iya, dalam hal ini Umno ada kuasa untuk memecat Zaharin sebagai ahli. Tetapi dari satu sudut kalau Umno khasnya para pemimpinnya mengenal hati budi Zaharin, tindakan memecat itu tidak memberi kesan yang diharapkan. Kerana beliau akan tetap bercakap seperti apa yang beliau cakapkan sebelum ini. Pemecatan itu bukian hakl memelikkan. Zaharin pernah melalui episod itu.

Sebenarnya, penglihatan Zaharin dengan Umno lebih awal berbanding dengan beberapa pemimpin Umno yang ada kini, termasuk Zahid Hamidi, Ismail Sabri Yaakob dan lain-lain. Baginya Umno adalah segala-galanya, ia bukan sahaja menjadi sebuah rumah, istana tetapi ia juga adalah "setesen bas" buatnya.

Sebelum menititik catatan ini saya ingin petik apa yang Zaharin preditkan dengan pemecatan itu dan juga suasana dalam Umno kini, bahawa parti itu akan terus tenggelam dan lenyap selepas ini. Trims.

 


No comments: