RADIO LAMA ....RADIO BUROK NI TAK LEH PAKAI DAH....UMNO PATUT BUANG JA...MANA DIA TAU ANGKA ANGKA DAN KAJIAN MANA DIA DAPAT..

 

Rahim Thamby Chik dakwa Umno tak akan menang lebih 50 kerusi




Abdul Rahim Thamby Chik berkata Umno ibarat ‘sebuah rumah besar namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk dibaiki’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Veteran politik, Abdul Rahim Thamby Chik, mendakwa Umno tidak akan menang lebih 50 kerusi memandangkan berlaku perubahan “mindset” orang kampung yang muak memandangkan parti itu berdepan masalah dalaman termasuk kes mahkamah melibatkan pemimpinnya.

Bekas ketua menteri Melaka itu berkata, sebagai orang lama dalam politik, beliau melihat Umno ibarat “sebuah rumah besar namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk dibaiki”.

“Dengan masalah dalaman, perpecahan dan rahsia bagaimana pemimpinnya menipu rakyat yang didedahkan secara undang-undang dan dalam mahkamah, orang dah muak.

“Pada perhitungan saya, selepas mendengar pandangan daripada sahabat, bacaan-bacaan…‘mindset’ orang kampung berubah. Bila ada media sekarang
menghuraikan bagaimana kelakuan, perangai, watak pemimpin Umno, saya rasa kali ini mereka (rakyat) akan berhijrah,” katanya menurut Astro Awani.

Dalam laporan hari ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Umno terdesak mengadakan pilihan raya umum kerana sedar sokongan pengundi Melayu baginya menjunam dalam tempoh Ogos hingga September sahaja.

Katanya, berlaku peralihan sokongan Melayu 9% selepas bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan, selain susulan pendedahan isu kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam pada itu, mengulas kerjasama Bersatu dan parti lain, Rahim berkata, kerjasama politik seharusnya dimeterai sebelum pilihan raya, namun dakwanya, parti yang berbincang dengan Bersatu hanya “sibuk” dengan jawatan.

Katanya, perbincangan yang hanya berkisar kepada jawatan itu membuatkan kerjasama ingin dijalinkan sebelum pilihan raya gagal.

“Saya yakin kalau Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu ‘go alone’ (bergerak sendiri), kita boleh ambil risiko ini sebab kita tidak terhutang sangat kepada suasana yang mengecewakan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Rahim turut memberi bayangan akan membuat kemunculan semula, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) atas tiket Bersatu.

“Saya akan bertanding di (Parlimen) Hang Tuah Jaya, mungkin…kalau jadilah,” katanya yang yakin rakyat Melaka masih mengingati jasanya ketika mentadbir negeri itu.

No comments: