Saban hari ada saja kenyataan kelakar yang ditutur oleh ahli
politik. Contohnya hari ini, komentar dari Timbalan Ketua Penerangan GTA
(Gerakan Tanah Air, bukan Grand Theft Auto) yang mereka perlu menang PRU bagi
kembalikan kestabilan politik.
Apa yang kelakarnya, dia mengatakan yang GTA bergerak bersama
NGO dan individu yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Kononnya parti
politik atau dipanggil kartel politik, menyebabkan politik negara tidak stabil
(https://bit.ly/3dSRvaa).
Kalau GTA menang, yang akan jadi PM nanti adalah Mahathir. Apa
Mahathir tu bukan orang politik ke? Dalam GTA pun ada beberapa parti politik
termasuk Pejuang, parti yang diasaskan oleh Mahathir. Dia ni faham ke tidak apa
yang dia sendiri katakan ni?
Mahathir bukan setakat ahli politik. Bahkan dialah yang
merosakkan politik negara. Sewaktu dia jadi PM lah rasuah tumbuh mekar di
negara ini. Dia juga yang mengasaskan kronisme. Bahkan bapa segala perasuah,
Najib Razak, dipilih oleh Mahathir sendiri untuk jadi PM.
Kestabilan politik negara ini lebur kerana perbuatan Mahathir
yang mengundang katak dari UMNO untuk melompat ke dalam PPBM. Dan kalau dia tak
letak jawatan untuk jadi PM semula, kita takkan berdepan dengan situasi
kegawatan politik seperti sekarang.
Kemudian dia sentuh pula tentang DS Anwar yang dikata sanggup
bekerjasama dengan parti yang telah ditolak oleh rakyat (UMNO) demi untuk jadi
PM. Dia mungkin tinggal di gua sampai tak baca yang DS Anwar tolak sokongan
kluster mahkamah demi menjaga prinsip.
Tapi dia tak cerita tentang rakaman audio yang Mahathir mahukan
sokongan UMNO selepas PPBM keluar dari PH untuk jadi PM semula. Dia tak ulas
yang Mahathir kata mahu tawarkan jawatan kepada UMNO sebagai umpan sokong
Mahathir untuk jadi PM lagi.
Dia sebut pula PH sanggup tandatangani MoU bersama UMNO. Tadi
dia kata nak kestabilan politik kan? PH buat MoU dengan kerajaan untuk
stabilkan politik Malaysia. Tapi kenapa tak suka? Dia nak yang macamana
sebenarnya? Mabuk mamat ni.
Hakikat sebenar, GTA hanya debu jalanan yang tiada nilai. Cakap
merapu dan perjuangan pun tak jelas. Tandus pemimpin sampai yang dah dekat
sedekad umurnya pun nak dilantik jadi PM lagi. Orang yang khianat kerajaan
sendiri pula tu!
Kalau ada terniat dalam hati nak sokong Pejuang ataupun GTA,
lupakan sajalah. Sejujurnya, mereka akan bawa keburukan sama banyak dengan PPBM
kerana mereka lahir dari rahim UMNO juga. Dasar parti mereka juga tidak
berbeza. Kalau benci UMNO dan PPBM, maka tak logik kalau sokong GTA atau
Pejuang. Guane boh?