MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI BUKAN DIBAWAH KUASA OLIGARKI TOP 5 UMNO



Pandangan dari segi perundangan oleh

Ahli Parlimen Pasir Gudang


Top 5 UMNO tidak ada kuasa perundangan untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihanraya umum dalam keadaan Malaysia diancam banjir monson tengkujuh.


Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian tidak bertanggungjawab kerana hanya menyebut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri.


Ahmad Maslan cuba menyembunyikan fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budibicara kepada Yang diPertuan Agong untuk bersetuju atau menolak  permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b).


Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.


Kuasa budibicara Yang diPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2)(b) untuk menjamin Parlimen Malaysia tidak dibubarkan sesuka hati oleh parti politik berkuasa 


adalah satu jaminan Perlembagaan Persekutuan supaya Negara Malaysia ini tidak jatuh ke tangan kuasa ologarki seperti Top 5 UMNO 


yang Presidennya sedang menghadapi pertuduhan Rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana keputusan di akhir kes pembelaan dijangka akan disampaikan pada bulan Disember tahun 2022 ini.


Top 5 UMNO mahu pilihanraya diadakan sebelum keputusan Kes Mahkamah Presidennya.


Oligarki Umno ini tidak peduli banjir, tidak peduli monson tengkujuh, tidak peduli kesusahan Rakyat.


Mereka hanya mementingkan usaha merebut kuasa.


Ini Satu penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri sekiranya Ismail Sabri Yaakob takut dan tunduk kepada kuasa oligarki Umno.


Malaysia yang demokrasi mesti diselamatkan dari golongan oligarki Umno yang fasis.


Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

01.10.2022



No comments: