Apakah sejarah 44 tahun lalu berulang di Kelantan?
RENCANA KHAS
Mohamad Nasir |
SEJARAH sering kali berulang. Banyak kejadian berulang semula
setelah beberapa tahun atau berpuluh dekad kemudian. Kalau pun ia berbeza,
ialah plot dan temanya saja, tetapi signifikannya tetap sama. Kalau pun yang
berubah ialah pelakon, pengarah, atau pun tempat kejadian, bersesuai dengan
peredaran masa.
Namun yang pastinya sejarah itu selalu berulang sama ada
disedari atau tidak. Itu adalah lumrah dunia.
Bertolak kepada hakikat itu, apakah sejarah politik di Kelantan yang berlaku 44
tahun lampau akan berulang. Sebenarnya setiap detik yang berdekap dan kita
lalui, ia umapama kita sedang menyirat semua bilah-bilah sejarah hidup.
Sejarah yang dimaksudkan lewat catatan ini ialah kejatuhan
kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1978. Kini sudah 44 tahun sejarah itu berlalu
ditelan waktu, banyak orang tidak mengetahuinya apa lagi mempedulikannya.
Kejadian-kejadian sejarah
itu dianggap tidak lebih daripada catatan sejarah untuk dikenang semata-mata
bukan diambil iktibar. Wahal sesuatu sejarah itu ada kaitan dengan putaran
waktu dan kehidupan masa kini. Sejarah adalah cermin besar untuk menilik
kehidupan.
Bangsa tidak mengenang.
Husam Musa simulasi masa lalu sedang |
Tentunya generasi muda, baik dalam kancah politik hari ini,
tidak pernah mengetahui sejarah penting
dalam politik itu bahawa ia sedang berputar balik untuk berulang sekali lagi
dan seterusnya. Kata ahli falsafah bangsa yang tidak mengenang sejarah adalah
bangsa yang rugi.
Sejarah dimaksudkan dalam catatan ini, kejatuhan kerajaan Pas yang telah
berdiri selama 18 tahun. Orang-orang lama Pas akan bernostalgia penuh kesedihan
dan kemarahan dengan peristiwa ini.
Sejarah itu membuktikan dan memberi pengajaran bahawa Pas bukan
sebuah parti berkerajaan yang tidak boleh ditumbangkan. Jika tersalah dan
enggan memperbaiki kekhilafan, jahil membuat koreksi diri ia akan berlaku.
Inilah iktibar dan ibrahah yang perlu dikenang.
Sejarah atau peristiwa di Kelantan 44 tahun lalu itu bermula dengan satu
pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti itu (Pas) berpunca daripada
perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti itu. Timbul rasa
kesedaran dan bersalah kepada pemimpinnya yang tidak sanggup bersekongkol
dengan aksi perbuatan yang boleh dianggap tidak suci kepada rakyat.
Ia bermula apabila seorang pemimpin Pas bangkit menentang apa difahami sebagai
mencegah kemungkaran demi membawa kebaikan untuk rakyat. Beliau ialah
MOHAMAD BIN NASIR,yang menjadi menteri besar Kelantan pada tahun 1978.
Kesempatan menjadi MB memberi ruang dan peluang kepada Mohammad Nasir untuk
menyemak dan menyelidik pentadbiran kerajaan Pas sebelum ini, khasnya
ketika Ishak Lotfi Omar dan Mohd Asri Musa menjadi
menteri besar Kelantan.
Dalam semakan itulah beliau menyedari bahawa dalam pentadbiran
lalu berlaku kepincangan, dimana kerajaan Kelantan telah memberi konsensi
kawasan balak seluas 350,000 ekar kepada sebuah syarikat pembalakan daripada
Singapura, bernama Timber Mine Corporation Industrial. Kerana
daripada pandangannya pemberian itu sesuatu yang tidak wajar kerana menyebabkan
“tergadainya” tanah rakyat Kelantan kepada warga asing, maka beliau berusaha
menebusnya kembali.
Usaha penebusan itu, menyebabkan Mohamad Nasir telah dianggap sebagai pemimpin
yang baik, jujur dan tidak bersekongkol dengan "penyelewengan"
kerajaan Pas terdahulu. Manakala dalam masa sama, caranya itu seperti tidak
menghormati dan akur keputusan kerajaan sebelum itu. Maka beliau dituduh
sebagai membantah arahan kerajaan.
Walaupun pemberian itu dibuat oleh kerajaan Pas terdahulu atas
kepentingan demi pembangunan untuk rakyat menerusi terma-terma perjanjian
khusus, tetapi ia sengaja tidak dilihat atau mahu difahami oleh Mohamad Nasir
dengan tujuan baik itu dan demi bermanfaat untuk rakyat itu. Kejayaan Umno
mempengaruhinya demi kepentingan politik parti itu tidak disedari
Mohamad.
Jatuhnya kerajaan.
Kemuncak daripada salah faham dan pengertian itu, beliau diminta berundur
sebagai MB secara terhormat, tetapi beliau enggan memantuhi apabila menyedari
beliau berada di pihak rakyat, yang akhirnya undi tidak percaya dilakukan.
Natijah daripada perselehengan itu berakhir dengan Mohammad Nasir disingkirkan
daripada Pas. Penyingkiran inilah mecetuskan krisis besar dalam politik Pas di
Kelantan membawa kepada kejatuhan kerajaan Pas yang telah berkuasa selama 18
tahun.
Tema atau kisah dilalui Muhammad Nasir itu kini sedang berulang di Kelantan
waktu ini. Ia dalam episod dan segmen berbeza, tetapi bakal memberi senario
atau impak yang sama.
Ia bermula dengan penyingkiran pemimpin. Seorang pemimpin kanan
Pas telah disingkir daripada Pas pada tahun 2015, kerana pemimpin itu
memperkatakan sesuatu yang jujur dan benar demi kemaslahatan kerajaan Pas.
Beliau mendedahkan akan agenda Pas yang sedang mengatur untuk bekerjasama
dengan Umno, yang baginya (ketika itu) kerjasama dengan Umno sesuatu yang tidak
diperlukan memandangkan parti itu penuh dengan pemimpin korop.
Baginya tidak pantas untuk Pas berkolaborasi dengan sebuah parti
kotor. Gara-gara pendedahan dan penentangan itulah menyebabkan beliau di
singkir daripada Pas.
Watak atau pemimpin yang dimaksud itu ialah HUSAM BIN MUSA yang pernah menjabat
jawatan Exco Kanan Kelantan dan menjadi Naib Pesuruhjaya Pas Kelantan. Seorang
tokoh Pas yang pernah dibayangkan dan tepat untuk mengganti Nik Abdul Aziz Nik
Mat sebagai pemimpin Pas dimasa akan datang.
Apa yang dilalui dan dirasai oleh Mohamad Nasir dahulu ikut dirasa dan dilalui
oleh Husam waktu ini. Mereka seakan berjalan di laluan atau denai yang sama.
Seperti mana Mohamad Nasir tidak boleh bekompormi dengan kemungkiran, demikian
juag dengan Husam, tidak akan tunduk dengan tuntutan berupa tidak berlaku adil
dan amanah dengan kuasa yang dimandatkan rakyat.
Lantaran itu selepas disingkirkan tahun 2015 Husam lebih galak lagi mendedahkan
pelbagai bentuk penyelewengan dilakukan kerajaan Pas. Beliau telah mendedahkan
sikap tabiat (behavior) Pas yang telah berubah khasnya sejak
selepas peninggalan Allayharyaham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau
lakukan itu atas sifat dan fungsinya sebagai khalifah.
Tubuh SveKelantan.
Kini Husam bergerak siang malam mendedahkan segala kepincangan, kelemahan dan
penyelewengan kerajaan Pas dalam usaha untuk menyelamatkan khazanah rakayt
Kelantan yang dilahapkan bertopengkan membangun bersama Islam. Husam tidak
sanggup melihat nasib dan masa depan negeri Kelantan dengan apa dilakukan
pentadbir kini. Misalnya lebih 6,000 ekar tanah hutan simpan kekal (HSK) di Gua
Musang telah diberikan kepada orang asing atas nama pembangunan pertanian dan
pembalakan.
Kerosakan ekosistem yang berlaku kini kerana kelemahan
pentadbiran sungguh menyedihkan. Keadaan itu ditambah dengan keselesaan untuk
rakyat seperti masalah air tidak dapat diatasi begitu mengharukan
perasaan.
Jelas tanggungjawab dan peranan dimainkan Husam itu sama dengan apa yang
dilakukan Mohamad Nasir lebih empat dekad lalu. Demi untuk menjaga khazanah
negeri Kelantan, Mohamad Nasi bertindak kontra dengan naluri pemimpin Pas waktu
itu. Nah, demikian dengan Husam hari ini melakukan hal sama. Beliau tidak
mempedulikan mengenai nasibnya dalam politik Pas, tetapi mengutamakan
kepentingan rakyat. Beliau telah menjadi lilin membakar diri untuk rakyat.
Lantaran itu apa dilakukannya disanjung oleh rakyat khasnya yang tidak
berkepentingan dan tahu erti menyayangi khazanah negeri.
Perlahan-lahan Husam kini muncul sebagai wira dan pembela nasib rakyat rakyat
dan negeri Kelantan.
Setelah disingkir daripada Pas beliau menyertai parti Amanah Negara (Amanah)
bagi meneruskan perjuangannya. Sedikit berbeza dengan Muhmad Nasir yang
menubuh Berjasa selepas dipecat daripada Pas. Namun ia tetapi
ada persamaan, apabila Husam yang kecewa dengan penampilan dan cara parti
Amanah berpolitik, memaksa beliau telah menggerakan sebuah Ngo Gerakan
SaveKelantan (GSK).
Perwujudan SaveKelantan walaupun
bukan seperti parti politik, tetapi fungsi dan peranannya ke arah itu. GSK akan
jadi landasan dan medium untuk rakyat Kelantan berpolitik secara lebih
profesional atas nawaitu dan semangat membela dan menjaga Kelantan.
SaveKelantan bergerak meleati sempadanan partisan.
Hari ini peranan dan nawaitu serta penerimaan rakyat kepada GSK Kelantan tidak
dapat disembunyikan lagi. Ia diwujudkan untuk menumbangkan Pas di Kelantan
setelah Pas gagal diselamat dari dalam secara berhemah. Bukan sahaja PH,
bergabung dengan GSK, tetapi akhir-akhirnya ini juga Umno ikut sama tertarik
dengan GSK dan lebih berkeyakinan untuk menumbangkan kerajaan Kelantan dengan
Ngo ini.
Dari beberapa juzu apa yang berlaku kini, adalah sama senarionya apa yang
berlaku 44 tahun lepas. Kerajaan Pas berusia 18 tahun tumbang apabila segala
kepincangannya didedahkan oleh tokohnya sendiri, Mohamad Nasir bersama beberapa
orang rakannya. Begitu juga yang sedang berlaku kini dengan pengalaman dan
kesempatan berada dalam kerajaan Pas, Husam dapat melihat sendiri kepincangan,
kelemahan dan salah laku kuasa terjadi. Apa mendukacitakannya, walaupun beliau
bertindak menegurnya, tetapi ketamakan dan kemabukan kuasa bekas rakan-rakannya
dalam kerajaan menyebabkan teguran dan kritik itu tidak dipedulikan dan lebih
malang lagi beliau dianggap sebagai mengkhianat.
Seperti apa yang menjadi hasrat dan amanah Muhammad Nasir, kepentingan rakyat
dan hak rakyat perlu dijaga. Maka beliau mengambil risiko menentang partinya
sendiri, begitu juga Husam Musa, mengambil tanggungjawab dan peranan sama.
Kemanusiaannya dan sifat amanah yang dianugerahkan Allah untuk menjadi khalifah
masih dipikul. Kita percaya apa diperlukan Husam bukan untuk kepentingan
dirinya sendiri, tetapi demi tanggungjawab terhadap rakyat.
Apakah yang sedang digerakan Husam sekarang ini, dan yang berlaku di negeri Cik
Siti Wan Kembang kini, adalah simulasi apa yang berlaku di era Mohamad Nasir
dahulu? Dan kalau berpandu kepada sejarah dan perjalanannya, ia tidak jauh
berbeza.
Soalanya apakah dalam memastikan kerajaan Pas yang sudah berusia
32 tahun ini Husam akan mengikut jejak Muhamad Nasir untuk memberi kesan kepada
usahanya itu, ia berakhir dengan Husam akan bersama (berkerjasama) dengan Umno
dengan menjadikan SaveKelantan sebagai parti politik, seperti
Muhammad Nasir menubuhkan Berjasa kemudian bergabung dengan
Umno? Masa dan keadaan akan menentukan.
Dalam pilihan 1978, Berjasa menang 11 kerusi manakala Umno menang 23 kerusi dan
Pas menang hanya dua kerusi sahaja. Selepas pakatan Berjasa – Umno berjaya
ditumbangkan Pas, Mohamad Nasir sang tokoh rakyat itu dilantik menjadi MB.
Walaupun partinya menang hanya 11 kerusi berbanding Umni 23, tetapi Mohamad
Nasir dilantik jadi MB. Pelantikan Mohamad Nasir itu dilihat Umno tidak tamak
kuasa ketika itu sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat.
Apakah senario atau pun keadaan itu akan berulang sekali lagi
setelah 44 tahun berlalu. Wala'hualam. [wm.kl. 4:07 pm 01/10/20222]